Thursday 6 December 2012

kongsi




Assalamualaikum

tiap kali tengok gambar kat atas ni..aku senyum sorang-sorang...kelakar...

apa pendapat korang berkenaan kongsi. tak kisah lah kongsi makan ke..minum ke..barang ke..apa-apa je..aku yakin..tak ramai yang suka berkongsi dan aku tahu bukan semua barang boleh dikongsi..

aku juga..kadang-kadang tamak..nak bolot sorang..tak bagus kan..tapi bila letak kedudukan aku di tempat orang yang tak dapat seperti apa yang aku dapat..aku akan rasa insaf sekejap..huhuhu..ye la..cian kat diorang..

jadi, kalau nak tunjuk kita bersyukur dengan apa yang kita dapat...kita kena berkongsi..insyaAllah rezeki kita kan lagi murah...ok..selamat beramal..

p/s: aku nak tekankan di sini..bukan semua barang boleh dikongsi..=)

Friday 9 November 2012

Kucing

Assalamualaikum...

ada di kalangan kawan-kawan aku tak suke kucing dan tidak kurang ada yang takut dan geli pada bulu kucing. bagi yang takut kucing..itu agak susah la sikit...tapi bagi yang benci kucing..aku nak kongsi artikel yang aku baca..

ada kawan aku cakap..dia tak nak bela kucing sebab kucing tu kotor dan die lak seorang yang betul-betul mementingkan kebersihan. well kawanku yang ku sayangi, aku nak kongsi sikit..

kucing ni berlainan benar dengan manusia. kulit kucing ni mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan bakteria. percaya atau tak, kajian juga telah dibuat. jika nak tau lebih lanjut, boleh klik di sini.

selain itu, nabi Muhammad s.a.w  juga sangat menyayangi kucing baginda. namanya Mueeza. kalau nak tau kisah baginda dan Mueeza, boleh klik di sini.

Jadi kawan-kawanku yang disayangi..jangan la terlalu benci kucing ye..^.^

p/s::aku sangat2 sukakan kucing..huhu..suka sangat2...

Monday 5 November 2012

^_^


gemok.montel.comel.dan sewaktu dengannya



for some reason...aku rase kucing yang kat belakang tu lagi gebu bulu dier..huhuhuhu

Thursday 27 September 2012

Friday 7 September 2012

shisha di rampas

Assalamualaikum...

semalam tengok berita...kat kelantan...44 peralatan shisha bersama bahan bakarannya dirampas. Operasi dilakukan oleh MPKB dengan kerjasama PDRM. Aku sebagai rakyat kelantan..bangga..

Untuk pengetahuan korang, penjualan shisha di Kelantan adalah dilarang. Undang-undang ni wujud tahun 2011 lagi. Semalam tengok berita..tauke kedai shisha tu..perempuan..marah betul die bile peralatan shisha die dirampas...mane taknye..mesti die fikir bisnes die akan effect..Dia ada melawan pihak berkuasa melaksanakan tugas sebelum ditenangkan oleh seorang lelaki.

Itu la kakak...kan benda tu menyalahi undang-undang. Akak tak boleh salahkan pihak berkuasa pabila akak sendiri yang melanggar peraturan. Semoga operasi ini menjadi pengajaran kepada tauke shishayang lain. Tak baik jual produk yang merosakkan diri. Moga mereka diberi hidayah. InsyaAllah.

Monday 27 August 2012

Jawatan Kosong di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia 2

Assalamualaikum..
masa bukak emel pagi ni...aku ada baca, satu post yang mencari-cari calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Penyelidik Sambilan (Q41) di Putrajaya ni. jadi sesiapa yang teringin bekerja di ibu pejabat KKM, boleh la cuba bagi resume...kat bawah ni..post yang aku baca tadi..aku copy n paste kat sini. Selamat mencuba ye...


Salam Sejahtera..

Bahagian ini sedang mencari seorang Pegawai Penyelidik Sambilan (Q41) yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat/IT. Lebih terbuka kepada graduan yang baru menamatkan pengajian yang masih tercari-cari peluang pekerjaan untuk menimba pengalaman. 

Kepada sesiapa yang mempunyai kenalan yang menepati kelayakan akademik tersebut boleh menghantar resume kepada saya secepat mungkin (Pengisian akan dibuat mulai September 2012).  Sekiranya terdapat ramai calon, sesi temuduga akan dijalankan.

Sekian, terima kasih




Nurhafiza Abd Ghaffar
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Tel : 8883 2200
email : aghafiza@moh.gov.my

Thursday 16 August 2012

gayat

situasi:bersantai di rumah sambil tengok kotak empat segi yang dipanggil televisyen.

Angah: kagum la ngan kucing...diorang kan boleh la duduk atau tidur kat atas beranda yang tinggi-tinggi...tak takut jatuh pun. dah la ruang sempit, kalau bergolek sikit boleh jatuh. bukan rendah, tingkat 13 tu...diorang tak gayat ke?

Achik:: a'ah la...achik pun kagum dengan burung..diorang boleh terbang tinggi-tinggi...diorang tak gayat ke?

Angah:: .......................(Sambil memandang kosong kotak televisyen)

12 am atau 12pm

Assalamualaikum..

hehehe..baru je tadi...aku berbahas dengan salah seorang kawan baik aku..berkenaan sistem 12 jam...
aku yakin..ramai yang keliru samada jam 2400 tu nak letak 12am atau 12pm...walaupun anda bukan berada di sekolah rendah lagi...

termasuk la aku dan kawan-kawan...so bagi nak membantu sikit...aku nak terangkan...

12pm=1200=noon
12am=2400@0000=midnight

macam kelakar pun ade...nampaknya, aku kene amik exam budak sekolah rendah balik..huhuhu



p/s:jam kat tempat aku ni...selalu je habis bateri..asyik kena tukar bateri...orang kate...kalau tempat yang selalu habis bateri means barang elektronik cepat pakai bateri ni..tempat tu keras...itu orang kata la...bukan aku kata...huhuhuhu

Wednesday 1 August 2012

Barang Buatan Malaysia

Assalamualaikum,

Tengah buat-buat sibuk pagi tadi..aku terperasan...yang kebanyakan peralatan pejabat adalah semuanya diimport dari negara luar.

apa yang aku perasan, stationery aku kebanyakannya made in negara luar.

sebagai contoh,

1) gam uhu stick-made in Germany
2) cop rasmi - made in Austria
3) klip kertas, binder clips, pensel - Made in China
4) staples - Made in Japan
5) Cecair kertas aka liquid paper - Made in Thailand
6) Post-it - Made in USA
7) Whiteboard marker - Made in Germany

cukup la tu sebagai contoh..itu belum lagi printer, pc, speaker and so on...

semuanya made in negara luar...aku tak pasti sebabnya..
mungkin sebab takde keluaran negara kita atau harga lebih mahal..aku pun tak tahu...tapi kalau dari segi harga, tak mungkin la..sebab kalau barang yang diimport mestila lagi mahal..sebab cas pengangkutan lagi..(ini apa yang aku rasa la..tak pasti pun...aku kene research dulu)

hipotesis aku yang kedua..rasanya, kat negara kita takda buat benda ni semua kot..takde tanaga pakar...
kalau ada pun, mungkin tak sebagus kualiti yang dihasilkan oleh negara yang terlibat...

aku harap..akan tiba suatu hari nanti...negara kita akan produce semua barang sendiri..jadi apa je yang kita pakai..Made in Malaysia...saat tu aku tunggu...

selain jimat, kita dapat tambah pendapatan negara+rakyat...baru la maju..

tapi nak sampai saat tu..aku tak tau la bila..huhuhu...

Friday 27 July 2012

naikkan cukai rokok - surat pembaca utusan malaysia 27 julai 2012

Assalamualaikum..

rehat tadi aku baru aku baca surat khabar utusan malaysia. Aku tertarik dengan satu surat daripada pembaca..iaitu dari presiden persatuan pengguna pulau pinang (CAP).

cadangannya, agar cukai rokok dinaikkan dalam bajet 2013 yang mana harga rokok akan menjadi RM30 sekotak yang mempunyai 20 batang rokok. penulis juga membuat perbezaan harga sekotak rokok antara negara yang mana, dalam kesemua negara yang disenaraikan penulis...negara kita, Malaysia yang tercinta ni mempunyai harga rokok yang terendah. Negara jiran kita, Singapura pun meletakkan harga RM29 sekotak...amat jauh bezanya dengan negara kita.

Mungkin kita terlalu pemurah. tangan yang memberi racun, tangan itu jua yang memberi penawar..malangnya...penawar yang diberikan tidak cukup menghilangkan racun yang memakan isi dari dalam. menyebabkan ia membusuk.

kesudahannya..kita sendiri yang terpaksa membelanjakan berjuta-juta semata-mata ingin merawat dan menghilangkan racun tersebut..sudah pasti keadaan tidak akan kembali menjadi sama...

yang tinggal, kaki dan tangan yang kudung..paru-paru yang rosak..leher yang tembus dan bibir yang robek..semestinya perkataan sesal sudah tiada gunanya...sebelum keadaan menjadi lebih parah..rasanya..wajarlah kerajaan menaikkan cukai rokok..bagi membendung gejala rokok..sekurang-kurangnya...remaja dan mereka yang berpendapatan rendah..memikirkan 10x untuk meneruskan habit ini...

kesimpulannya..saya sokong 100% agar  cukai terhadap rokok dinaikkan dalam bajet 2013.



p/s:so, apa pendapat anda..tak sabar nak tengok reaksi perokok jika ini menjadi realiti...

blog baru

Assalamualaikum..
baru-baru ni...(semalam baru pun..huhuhu) aku ada terbaca satu blog...
agak menarik tulisannya..
walau kita tahu semua nukilannya tidak dapat disahkan benar oleh mana-mana pihak..

tapi..

sedikit sebanyak..ia dapat
mengurangkan tensen kepada yang tensen..
mengisi kekosongan kepada yang kosong..
memberikan sedikit senyuman kepada yang muka masam...
membuka minda kepada minda yang tertutup..dan macam-macam lagi dengan kata imbuhan 'me' di depan..

so, kalau sesape yang teringin nak tambah imbuhan 'me' di depan..boleh la lawat blog die...tak susah pun...
klik sini...=)


p/s: aku suka blog ni sebab cerita lama-lama dia...mungkinkah aku jiwa dahulu kala??
mungkin aku dah kene guna kata ganti nama hamba lain kali..hihihii

Wednesday 18 July 2012

bajet 2013

Assalamualaikum..

berkenaan dengan bajet 2013. Syabas diucapkan kepada inisiatif PM kita dalam mewujudkan blog sebagai platform rakyat melaysia memberi cadangan dan pandangan dalam bajet 2013 yang akan diumumkan pada september tahun ni. Dengan ini segala masalah yang dihadapi oleh rakyat akan didengari dan mudah disampaikan kepada PM.

aku juga dah meninggalkan komen di sana dan memberi cadangan tentang apa yang aku rasa memang patut dilakukan dan dilaksanakan dalam bajet 2013.

kepada sesiapa yang ingin memberi cadangan, boleh la klik sini.


p/s:;pastikan..cadangan anda adalah munasabah ye..=)

Tuesday 17 July 2012

awesome quote


ada sebab kenapa doa tidak makbul sekelip mata

Assalamualaikum...

aku nak kongsi satu cerita yang best...aku baca pun air mata cam nak menitis dah...tak tau la kalau aku over sensitive..tp...cerita ni memang membuat aku tersentuh...

aku copy je cerita ni...saja nak kongsi ngan semua...baca sampai habis tau...


Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan?
"PENAT dah usaha, doa lagi, usaha lagi, doa lagi, usaha lagi. Dah usaha, doa, tawakkal dah. Tapi kenapa tak makbul-makbul lagi apa yang aku nak dapat dalam hidup ni? Orang lain tu macam mudah sahaja dapat apa yang mereka ingini. Aduhai memang tak bertuah kot aku ni?"
Pernah merungut sebegitu? Seakan apa sahaja yang kita nak capai macam susah laluannya, kan? Kadang-kadang sampai putus asa. Pernah rasa begitu?
Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya. Pengalaman sangat manis bagi saya apabila Allah SWT tunaikan impian zaman kanak-kanak saya. Allah SWT limpahkan nikmat dua kali ganda pada hajat saya dan wasiat arwah ayah saya.
Impian ini baru sekarang Allah SWT tunaikan. Impian semasa usia saya 12 tahun (sehingga sekarang saya masih simpan impian ini). Selepas 27 tahun baru Allah SWT tunaikan dengan kurniaan berganda.
Dua puluh tujuh tahun dahulu arwah ayah pernah membawa saya ke muzium negara. Kami menaiki bas dari Ulu Yam ke Kuala Lumpur kerana ayah memang tidak mepunyai kereta.

Memandangkan arwah seorang konstabel polis, ke mana sahaja laluan bas yang kami naiki adalah percuma dengan sekadar ayah pamerkan badgenya bernombor 26200 pada pemandu mahupun kondukter bas.
"Onn (ini panggilan manja saya) nak pergi muzium kat KL tak?"
"Muzium? KL? Best ke yah?"
"Jomlah ayah bawak. Boleh tengok kapal terbang kat luar muzium tu. Dah tu kita jalan kat lake garden, nak?"
"Bila?" tanya saya teruja.
"Sabtu!" balas ayah saya.
Pada hari Sabtu itu, awal pagi lagi arwah ayah dah bangun. Ditanaknya nasi seusai solat subuh. Kemudian, dia menggoreng ikan kembung rebus cili padi dan belacan dengan kacang panjang. Menu istimewa ikan masak lompok-lompok ini memang terkenal dalam kalangan adik-beradik kami.
Nasi putih yang masih panas ayah letakkan di atas alas daun pisang dan lauk sambal ikan tersebut diletak di atas bucu nasi. Kemudian, ayah balut ia umpama nasi lemak yang besarnya seperti induk ayam.
Ayah bancuh air sirap panas yang kemudiannya dimasukkan ke dalam termos. Inilah bekalan kami nanti kerana kami tidak punya banyak wang untuk makan di restoran. Ayah bungkus teliti dalam beg plastik yang dirapikan dengan balutan getah bulat.
"Siap dah bekalan kita, Onn. Ni nanti bila dah mesra sambal ikan lompok-lompok ni dengan nasi dan harum daun pisang, sedap ni nanti," ucap ayah selesai membungkus bekalan kami kelak.
Kami tiba di muzium. Sambil berjalan-jalan, ayah ceritakan sejarah hampir setiap ruang dan galeri yang kami lewati. Sebagaimana dijanjikan, kami menyusur jalan di belakang muzium negara ke lake garden dan sama-sama kami jamah bekalan nasi bungkus tadi.
"Onn kat sekolah pandai, kan? Nak tak masuk universiti tak nanti bila dah besar nanti?"
"Eh, mestilah," pendek sahaja jawapan saya.
"Kalau ayah bawak ke satu universiti paling best kat Malaysia ni nak tak? Ayah nak bagi semangat kat Onn. Universiti ni orang pandai-pandai aja yang dapat masuk. Macam Onnlah orang pandai." Bersemangat betul ayah mempelawa saya.
Saya mengangguk tanda setuju.
Kami menaiki bas mini di hadapan muzium. Setelah sekitar 15 minit berlalu, ayah menekan loceng dan kami turun dan terus menyeberang jalan. Ayah pimpin tangan saya melewati pintu utama yang dijaga oleh dua orang 'Pakcik Jaga' (ini panggilan kami untuk kakitangan sekuriti).
Saya baca tulisan yang terpapar di pintu gerbang masuk; "Selamat datang ke UNIVERSITI MALAYA," bisik saya dalam hati.
Saya lihat ayah tersenyum.
"Inilah universiti tempat budak-budak pandai tu. Nanti bila dah besar Onn belajar kat sini tau. Tak ramai orang dapat masuk sini. Orang yang hebat-hebat sahaja yang boleh belajar kat sini," ulas ayah pada saya.
Ayah pimpin tangan saya berjalan sekitar kampus. Kami lewati Dewan Tunku Canselor dan tasik kecil di sekitar kampus.
"Onn sukalah universiti ni. Onn mesti belajar kat sini nanti. Ayah suka kan Onn belajar kat sini?"
Ayah saya tersenyum bangga!
Semenjak dari itu hati saya sudah tetap untuk ke Universiti Malaya. Saya tidak tahu kursus apa yang akan saya ambil tapi itulah dia universiti pujaan hati saya.

Apatah lagi, semasa saya bersekolah di sekolah asrama Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, kawan-kawan semua menggelarkan universiti ini sebagai "Harvard University of Malaysia".
Namun, tak semua yang kita impikan jadi kenyataan, bukan?

Kecewanya jiwa saya apabila mengetahui keputusan peperiksaan SPM saya tidak begitu baik, sekaligus tidak melayakkan saya menyambung pelajaran di matrikulasi Universiti Malaya. Walaupun saya mendapat pangkat satu, tapi keputusan untuk subjek matematik dan sains saya sangat teruk.
Saya tahu ayah kecewa. Tapi ayah simpan perasaan itu dengan memujuk saya. Kata ayah, belajar di mana-mana universiti pun sama sahaja. Tak apa, bukan rezeki saya untuk ke Universiti Malaya.
Ramai juga kawan-kawan saya ke Universiti Malaya, terutamanya yang mengambil jurusan perdagangan. Itu tambah mengecewakan saya.

Dengan keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, saya hanya diterima melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Masa ayah, mak dan angah hantar saya mendaftar kursus di UTM Skudai, saya hampiri ayah.
"Ayah, Onn mintak maaf ya, yah. Patutnya kita ke Universiti Malaya, kan? Ayah harap sangat Onn ke sana dulu. Onn ingat lagi, yah. Maaf ya, yah. Onn tak pandai macam Achik. (Achik saya belajar hingga ke UK dan dia sentiasa menjadi inspirasi saya semasa saya kecil.)"
Ayah pandang wajah saya. Tak ada apa yang keluar daripada bibirnya. Dia hanya pandang tepat ke mata saya dan mengusap kepala saya.
Setelah tamat pengajian peringkat diploma, saya meneruskan pengajian peringkat ijazah di UTM. Namun, harapan saya untuk belajar di UM tak pernah padam walau saya tak tahu bila ia akan tercapai.

Sehingga ayah meninggal dunia, saya gagal memenuhi impian arwah ayah untuk menuntut di "Harvard University Malaysia".
Tapi Allah SWT maha adil. DIA temukan saya dengan Ain. Ain lulusan sarjana muda jurusan matematik daripada Universiti Malaya.

Bukan setakat itu, Ain juga merupakan salah seorang pelajar pintar yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya satu tahun awal daripada tempoh pengajian yang ditetapkan.
Allah SWT tidak tunaikan impian saya dan arwah ayah melalui saya. Tetapi Allah SWT penuhi hajat kami melalui Ain. Masya-Allah, hebatnya perancangan Allah SWT, kan? Saya kira tertunai sudah hajat kami. Saya fikir perkara saya dan Universiti Malaya sudah tamat setakat itu.
Akan tetapi, rupa-rupanya Allah SWT tunaikan juga hajat arwah ayah dan impian saya dengan 'double promotion'. Kurniaan limpahan dua kali ganda ini bukan melalui peluang untuk saya menimba ilmu di Harvard Malaysia.

Allah SWT beri peluang untuk saya memberi ilmu kepada 29 orang mahasiswa daripada Universiti Malaya untuk menuntut ilmu daripada saya.
Lebih manis apabila Allah SWT terbangkan mereka dari kampus Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur ke Liverpool John Moores University (LJMU) untuk saya ajari mereka tentang bidang kepakaran saya; pengurusan fasiliti.
Hari ini sesi pertama saya sebagai 'program leader' menerajui 'outbound reach out program' antara UM dan LJMU.
Mereka akan bersama saya selama hampir sebulan dan saya diberikan kuasa penuh untuk merangka program bagi kesemua 29 orang mahasiswa tahun kedua Sarjana Muda Ukur Bangunan daripada Universiti Malaya itu.
Semasa mereka diserahkan kepada saya tadi, hati dan perasaan saya bercampur baur; gembira, terharu, sedih dan sebak. Penuh emosi dalam jiwa ini.

Sambil saya tatap 29 wajah anak Malaysia yang merupakan antara pelajar terbaik tanah air itu, saya hela nafas panjang sebelum saya mulakan kuliah pertama saya.
"First and foremost, I wish to welcome you to LJMU. Secondly, I wish to extend my gratitude to all of you for making my late father and my childhood dream a reality today. I have been holding on to this dream for 27 years. I am sure if my late dad was here with us today, he will be smiling at me with a huge sense of pride and happiness."
Kemudian saya ceritakan kepada mereka kisah impian arwah ayah dan saya. Saya tegaskan yang mereka ini antara yang bertuah kerana mereka adalah antara mahasiswa terbaik di Malaysia dan betapa bangganya saya kerana berpeluang berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman kepada mereka.
Perkongsian ini khas buat arwah ayah saya, Hj Mohd Noor Bin Habib. Saya mohon maaf kerana agak lambat menunaikan impian ayah. Tapi Allah SWT lipat gandakan kejayaan ini pada impian kita yang tak pernah padam.

Saya doakan ayah damai di sana di samping mak dan insan-insan yang beriman. Terima kasih atas segala pengorbanan dan jerih perih ayah membesarkan kami. Walau kadangkala hati ini buta menghargai kasih sayang ayah.
Kepada semua, kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan. Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada ketikanya Allah SWT lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana DIA mahu memberikan kita suatu yang berlipat kali ganda kejayaannya.
Bersabarlah ya, teman. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan Mengasihani.
Saya akhiri perkongsian dari hati kali ini dengan sedikit nukilan yang saya temui di sebuah blog yang coretannya benar-benar menyentuh hati saya:
"Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,
dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya."
Sumber: iluvislam
(Penulis, Mohd Nazali Mohd Noor merupakan pensyarah di School of the Built Environment, Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom. Beliau berkongsi karya di http://www.facebook.com/mohdnazali.)

Thursday 12 July 2012

amuk di JPM

Assalamualaikum...

baru-baru ni..putrajaya digemparkan dengan kejadian amuk dengan menggunakan pedang samurai...
amuk ini dilakukan oleh seorang lelaki dan seorang wanita...

semalam baru aku dapat tahu yang lelaki ni ada blog...baru je pagi ni nak baca...tapi dah tak jumpa..mungkin kene block ke..

aku frust..huhuu..
teringin nak baca sebab kakak aku cakap dari segi blog tu...nampak dia seperti seorang yang intelectual...tapi sejauh mana tu..aku tak pasti...aku tak sempat baca..

frust

serius aku frust.

Tuesday 3 July 2012

lagu best =)

tell me where you are
only then i will shine right







Monday 2 July 2012

Jawatan kosong di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia



Jawatan kosong sebagai  Pegawai Penerangan (S41) & Pegawai Penyelidik (Q41)  di Bahagian Pendidikan Kesihatan, Putrajaya.

Assalamualaikum...Kepada sesiapa yang ada adik-beradik/sedara-mara/kawan-kawan ... etc yang sedang cari keje, bolehlah hantar resume ke email : myhealth@moh.gov.my

Tempat Kerja : Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM, Putrajaya
Jawatan : Pegawai Penerangan (S41) & Pegawai Penyelidik (Q41)
Status : Pekerja Sambilan Harian (Gaji Harian)
Gaji : RM 2,300.00 (ADA caruman KWSP, TIADA cuti tahunan & elaun-elaun lain)
Kelulusan : Degree
(* keutamaan diberi kepada mereka yang ada background IT - database)

Untuk pertanyaan lanjut, email kan ke myhealth@moh.gov.my

Tarikh tutup : 09 Julai 2012 (Isnin)

Sesi temuduga akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Calon yang dipanggil sahaja yang layak datang interview.

Jadi..good luck ye semua..=)

Thursday 28 June 2012

egypt's 1st lady

Assalamualaikum...

rasa bangga sangat-sangat dengan isteri presiden mesir yang terbaru...

dia bertudung, hidup dalam sederhana..kalaulah isteri pemimpin kita pun macam ni...
sejuknya hati...
sejuknya mata...

moga-moda isteri pemimpin kita pun terbuka hati untuk menutup aurat...insyaAllah...

kalau nak baca beritatentang ni...sila klik sini



naglaa ali mahmoud, wife of egypt leader, mohamed morsi

Wednesday 27 June 2012

27 simple sentence to be remembered always in LIFE Part 3

Assalamualaikum..
ni sambungan untuk entri yang lepas...
nak bace Part 1 dan Part 2...sila klik sini dan sini

17



18



19




20



21



22



23



24



25



26



27



ok...semoga semua dapat manfaatnya..insyaAllah

Tuesday 26 June 2012

27 simple sentence to be remembered always in LIFE Part 2

Assalamualaikum...

mari mulakan hari dengan ayat-ayat yang boleh membuat kita berfikiran positif..=)

previous sentence was here

9


10



11



12



13



14



15



16



p/s::renung-renungkan dan selamat beramal...=)

Monday 25 June 2012

27 simple sentence to be remembered always in LIFE Part 1

Assalamualaikum..

there are 27 simple sentence that you must remember for the rest of your life. These  are the key of the happiness...insyaAllah...


1



2



3



4



5



6




7



8

Tuesday 12 June 2012

antara berani, kuat dan gembira

Assalamualaikum...


aku akui...bukan senang untuk seseorang itu meminta maaf..terutama bila egonya tinggi melangit...
bukan senang untuk memafkan, terutama apabila hati teruk disakiti...
dan bukan senang untuk melupakan...terutama apabila apa yang dibuat mengaitkan kita dengan apa yang kita cuba lupakan...


tapi percayalah...hidup ini adalah cabaran hidup..pentas lakonan...di mana, kita adalah pelakon...

jika anda tidak dapat memafkan...cuba bayangkan semua kebaikan yang telah dia lakukan untuk anda..dengan itu..anda akan lebih mudah memaafkan..adat la manusia...kene selalu mengingatkan..mudah lupa...

terkadang..perkara yang pahit sukar untuk dilupakan...tapi, yakin lah..kenangan yang pahit itu..haruslah digantikan dengan kenangan baru yang indah..moga dengan itu, kenangan pahit itu mudah dilupakan...

dilupakan di sini..bukanlah kenangan pahit itu dibersihkan dan dilunturkan terus dari ingatan...memadailah ia diingat hanya sebagai peringatan, pengajaran dan iktibar...

insyaAllah..dengan kenangan baru yang lebih manis membuatkan hati lebih gembira...


Monday 11 June 2012

Diam


"Lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan ayat untuk menyakitkan hati orang lain."
"buat tambah kebencian orang dan dosa saja"


kata hati kecil dia kepada beliau.

Friday 8 June 2012

kongsi itu tanda syukur

Assalamualaikum...

hari ni hari jumaat...hihihi..
esok dan lusa cuti...tak tau lagi nak buat apa..maybe just rehat-rehat kat umah..huhuhu...
hari cuti adalah hari kegembiraan...wuuhuuuu

ok..tajuk entri tak same dengan apa yang aku melalut kat atas...

apa yang aku nak kongsi kali ni...
aku ada baca satu blog...
katanya...salah satu tanda yang menunjukkan kita bersyukur adalah dengan berkongsi apa yang kita dapat...itu la lebih kurang catatannya...

sebagai contoh...
korang mesti suka sangat klik dekat gambar thumbs up kat dalam facebook atau lebih dikenali butang "like" kat dalam facebook tu...biasanya..korang akan tekan 'like' bila korang suka ngan link yang korang baca tu..

tapi...ini pendapat penulis blog yang aku baca...
salah satu tanda korang bersyukur..korang tak boleh just klik 'like'...tapi korang kena la klik sekali 'share' kerana itu tandanya..korang bersyukur dengan ilmu yang korang dapat dan nak kongsi ngan orang lain...

kalau korang just baca dan tak 'share'..itu tanda korang tak bersyukur dengan ilmu yang korang dapat...lebih kurang camtu la kot ayat dia...

tapi..bagi aku...kalau aku baca sesuatu benda yang bagus dan boleh memberi manfaat pada aku...aku akan share ngan orang lain...moga-moga, dia pun mendapat manfaat dari apa yang kita share tu...haaa...kan dah dapat buat kebajikan sikit...tak rugi pun, malah banyak faedahnya...itu pendapat aku...

kalau korang segan nak 'share' sebab takut orang 'claim' diri korang budget bagus...urm..itu pun tak betul..itu salah satu tanda riak...lagipun..tak salah kita share benda yang bagus..tak kisah apa orang nak kata..yang penting niat kita ikhlas...ya dak?

jangan pulak korang share sebab nak suruh orang puji..itu dah lain dah...yang penting niat kena betul...so, lain kali..kalau korang ada baca benda-benda yang bagus..boleh memberi manfaat kat korang...share la ngan kawan-kawan..dengan niat yang betul...moga kita mendapat balasan yang baik di sana...insyaAllah...

 sikit ilmu yang ingin aku kongsi



aku suka kucing dan binatang yang sewaktu dengannya..saje letak gambar ni...cute sangat..hihi



p/s:: apa yang aku maksudkan di atas perkongsian ilmu ya..=)

Wednesday 23 May 2012

dulu dan sekarang

Assalamualaikum....

dulu...aku selalu luahkan perasaan kat komputer..tak kira la..dalam facebook, friendster, blog, messenger...selalu sangat...

sampai la...suatu hari...aku ada terbaca satu nasihat...katanya...buat apa nak luah perasaan kat komputer...dia bukan boleh buat apa...yang tukang baca lak..mungkin ada yang gelak, terasa, sedih dan mungkin simpati dengan status apa yang kita tulis...dan yang paling penting...ada juga yang mungkin marah...

kan itu dan menjerus kepada perkara yang tak baik...seharusnya...kita mengadu kepda DIA...DIA sebaik-baik tempat untuk kita mengadu....

jadi sekarang...bila aku nak tulis status bukan-bukan je...aku akan fikir...mungkin ada orang tergelak dengan status sedih aku...so, aku akan tak jadi tulis...

aku saja nak kongsi...supaya sesiapa yang baca ni pun sedar...tak guna luah perasaan kat komputer(via facebook, twitter, dll)

apa yang penting...kongsi la apa yang mungkin memberi manfaat kepada mereka yang membaca...insyaAllah kita akan mendapat ganjaran dariNYA....

sekian...




p/s: ni bukan luahan perasaan...nasihat...huhuhuuh

Monday 21 May 2012

senyum meleret

Assalamualaikum...

antara post yang buat aku senyum meleret...huhuhuh

kat link bawah ni

http://inipaiseh.blogspot.com/2012/05/sembang-orang-kaya.html

klakar..=))

same la pulak...

Assalamualaikum...

post aku yang baru-baru ni (klik sini)..berkenaan adopt tiger...syarikat yang uruskan berkenaan hal tu adalah wwf...
kebetulan...weekend baru-baru ni..aku balik kampung...adik aku lak..baru je habis program germs dan tengah cari tempat untuk dia praktikal...

pihak germs cadangkan company wwf ni la dan adik aku dah pun di'interview' by phone call...heheheh..aku punya la excited...kalau dia dapat..mesti best...adika ku cakap...soalan-diorang kasi cukup tough...lepas interview...die suruh adik aku buat karangan pasal important environment education ni..hantar by email dalam masa sejam...

moga-moga dia dapat..untuk achik yang hebat...

"angah yakin achik boleh...achik yang hebat..."


p/s: aku sebagai kakak pulak yang excited lebih..huhu..ungkin sebab aku minat dalam bidang tu...environment...

Friday 18 May 2012

save our environment

Assalamualaikum...

semalam..masa aku tengok tv...aku ada satu iklan ni...pasal adopt a tiger...aku tak tau la kalau iklan tu dah lame sebab aku dah lame tak tengok tv..huhuhu

sangat menarik..terutama kepada mereka yang menghargai alam...mengenai adopt a tiger..tapi kalau korang tak minat harimau...ade macam-macam binatang yang korang bolah jadikan anak angkat sebagai sumbangan...ada panda, orang utan, penyu dan macam-macam lagi...



kos dia tak banyak...just rm30 satu bulan...bayangkan dengan kos yang sedikit ni, korang dapat menyumbang sedikit kepada alam...

bukan setakat menderma...sebagai inisiatif...korang akan dapat sijil, gift dan macam-macam lagi...nak tau pasal ni lebih lanjut...korang boleh klik sini



harap...dengan ini..kita semua dapat selamatkan alam...hidupan liar dah makin pupus...sayang la kalau anak cucu kita tak dapat tengok live harimau, orang utan sumer...


Tuesday 15 May 2012

hari misi sedunia

baru-baru ini, kita da sambut hari jururawat sedunia..disebabkan adik aku pun amik course nursing...aku nak ucapkan...

adik...selamat hari jururawat...pengorbananmu sangan kami hargai...

tak lupa juga kepada misi-misi yang lain ye...^_^



p/s::dulu aku pernah bercita-cita nak jadi misi...sampai sekarang aku hairan..camne bleh tertukar course..huhuhuhu...^_^"

Friday 27 April 2012

stuck dalam lif

Assalamualaikum...

dah lama tak menulis...buat-buat bizi lately ni...huhuu..
aku nak kongsi satu kejadian yang tak mungkin aku lupa...baru je jadi pagi tadi...

pagi tadi..macam biasa..aku keluar nak g ofis dalam 7:05minit...umah kat tingkat 13...
aku sorang tengah tunggu lif..aku tengok, perjalanan lif cam tak bizi..sebab aku tengok, dari 3 lif..hanya satu yang bergerak..means ada orang guna...

tanpa buang masa..aku terus tekan anak panah turun..kat parking...semua berjalan lancar...bila dah masuk lif...
lif pun bergerak turun..tetiba...lif berhenti mengejut dan lampu padam...semua padam...

aku panic...try buka pintu lif..guna kudrat yang ada...aku berjaya buka lapisan dalam...cuba bukak lapisan luar..susah...aku try tekan loceng..tapi takde suara..rasenye semua dah shut down terus...

pintu luar tak boleh bukak..aku panic...try ketuk2 manja kat pintu lif..sambil jerit tolong...huhuu..cam klakar lak bile fikir balik..

aku tak jerit kuat-kuat tau..segan..aku jerit slow je...tak tau aku segan dengan sape...hehehehe..padahal sorang-sorang je dalam lif...kamera litar tertutup pun takde...huhuu...maybe aku segan dengan orang yang akan dengar aku jerit nanti..ye la kot..entah..aku pun tak pasti..huhuhu..ok..sambung cerita..

Alhamdulillah..kat pintu tu..ade lubang kecik..bukan lubang..tapi pintu tu terbukak sikit...cukup la aku hala handphone untuk dapatkan signal..handphone memang kene dok kat lubang tu je..kalau tak, takde signal...aku try call kakak aku...then..tau pe jadi??

kredit aku expired...perfect...

then..aku dengar ade orang kat luar...aku ketuk pintu lif..aku nampak cam seorang lelaki..dan dia dengar aku...aku ingat lagi dialog dia...


"eh..ada orang dalam lif ni"

serentak dengan tu...pintu lif yang berdepan ngan lif yang aku dok stuck terbukak..dia pun masuk..dan takde khabar berita dah..huhu..sedih aku...at least tolong telefon maintenance...tapi takpe la..mungkin die ade hal yang lagi emergency...


ok.. aku dah rasa sedikit nak nangis..huhuhu...request kredit ngan kakak aku...tapi die tak reply..aku try request kredit ngan kakak aku sorang lagi dan adik aku...malangnya..hanya boleh request kredit dengan dua orang je.....aku tawakal...tunggu orang lalu dan kakak aku reply mesej...

tetibe...ade orang kat luar...sepasang suami isteri...aku ketuk pintu lif..minta tolong...isteri yang perasan dan bagitau suami dia...suami dia try bukak pintu lif...tapi tak boleh...dia call maintenance...dan die cakap dengan aku..dia dah call maintenance dan mintak aku tunggu..then dia pun turun ngan suami dia...aku pasrah..
aku tunggu lagi...kakak aku reply...share kredit...aku cuba call..sorang masuk voice mail..sorang lagi tak angkat...

sekuat mane pun aku..seberani mane pun aku..air mata i menitis gak coz kakak aku tak angkat call..aku mesej je...

"ANGAH STUCK DALAM LIF"

kakak aku reply tanye kat mane?aku jawab kat tingkat 11...aku tau sebab aku nampak kat lif yang kat depan bile die terbukak...

..tetibe...akak yang turun tadi naik balik..baiknye dia..dia bagi no telefon maintenance, mintak aku call..aku call die cakap staff die on the way...tunggu kejap je..staff die pun sampai...senyum je dia..huhuhu...

lepas kuar...apa yang ada dalam kepala aku..nak sampai ofis cepat-cepat..takut takde parking...aku sempat mesej je kat kakak aku cakap yang aku dah kuar...

mase aku drive, abang n kakak aku call...aku tak boleh angkat sebab sebagai driver amatur macam aku..aku tak brani...sampai ofis..aku call kakak aku..rupanya...mesej yang aku bagi tu lambat sampai..akak aku gelabah sebab bile abang aku bukak pintu lif tengok aku takde...adik die ni ilang..huhuhu...

aku mintak maaf...tak sangka lak mesej lambat sampai...silap aku gak..huhuhu...cian abang n kakak aku...

tadi, kakak aku mesej, tanye nak balik kul bape..katanya nak naik lif sama-sama..trauma..huhuhu

rasanya aku yang stuck, tapi kakak aku lak yang trauma..huhuhu...pape pun..trima kasih akak yang tolong tadi..semoga urusan akak dipermudahkanNYA..amin...

Monday 9 April 2012

mansuh PTPTN?

Assalamualaikum...

Pagi tadi aku ada terbaca berita tentang cadangan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam berita harian online...

kalau sesape yang tak baca lagi dan nak tau ape yang aku nak cerita ni..sila klik sini...

bagi aku...ni pendapat aku la..takde dipengaruhi oleh mana2 pihak..hanya pendapat aku je...(risau takut kena dakwa..mana la tau..sekarang kena jaga-jaga sikit..silap sikit kena dakwa..huhuhuu)

bagi aku..cadangan nak memansuhkan terus PTPTN agak tidak logik..ini kerana ia tentu akan mempengaruhi ekonomi negara..

kalau 'mereka' cadangkan untuk kurangkan interest..itu lebih realistik...nak mansuh terus PTPTN tak logik la..ni mungkin kes nak menarik minat pengundi muda..huhuhu...

sekali lagi..ni pendapat aku..huhuhu...just nak suarakan pendapat peribadi...^_^"

Friday 6 April 2012

Semangat 1 Malaysia..

Assalamualaikum....
hari ni..baru kejap tadi.....petang...

tengahari hari ni...aku keluar ke bangi..maklum la..semangat nak buat 5s...aku dan kawan-kawan ke bangi..nak cari bakul kecil-kecil untuk letak kat dalam laci...lepas beli barang..kami makan...makan kat restoran mohd chan...masakan cina muslim...sangat sedap..aku sangat berpuas hati...
lupa nak amik gambar..untuk letak dalam ni...

lepas makan..kami pun balik la...dan macam biasa...kompleks E putrajaya ni..sangat la susah nak dapat parking...sebab tu..kami..kalau dah parking..takkan kuar dah..hanya kuar bila nak balik..tapi sebab semangat 5s punyer pasal..kami kuar gak..

balik tadi..aku tengok kat tempat parking..1 satu kosong..tapi masalahnya...nak masuk tu...punya la susah..sebab perking berterabur..


parking kat blok aku ni...lebih kurang cam dalam gambar kat bawah...

yang kosong hanya petak merah tu je...so..aku pun try la nak parking kat tempat merah tu...sampai dah separuh aku masuk...dan of course dengan bantuan kawan aku sebagai pemandu arah...maklum la..aku bukannya mahir bawak kete..lesen pun P lagi...aku undur la..sampai satu saat..aku dah tak tau nak pusing camne....

secara kebetulan..ada 2 guy cina yang menuju ke parking..mereka macam baru selesai urusan dan nak kuar...kereta diorang selang 2 buah dari kereta aku...

dia dengan gentleman dan bermurah hati nak tolong....syukur sangat-sangat...mereka sangat baik...lepas berjaya park kereta aku dengan terletak betulnya...dia sempat bergurau lagi...mengusik...

"kereta bukan power stereng ye...susah tu..kene selalu pergi gym untuk kuat"...

hehehehe...dan begitu la al-kisahnya...=)..syukur ada diorang datang tolong...alhamdulillah...sampai sekarang aku dok senyum sorang-sorang tiap kali terpandang parking tu...

p/s:meja aku dekat ngan tingkap..dan tingkap tu mengadap parking..=)

Wednesday 4 April 2012

hobi tulis blog

Assalamualaikum....

dah lame tak menulis...tadi..aku ade jengok paper utusan kat opis ni...dan aku ada terbaca seorang penulis blog popular di beri anugerah oleh satu kementerian...

aku pernah baca blog budak tu...agak menarik...tapi mungkin sebab aku tak berapa suka jenis bacaan tu...blog dia bukan termasuk dalam kategori blog aku suka...

apa-apa pun tahniah...satu hobi yang bagus la...daripada dok buat hobi yang tak tentu hala..sekurang-kurangnya..hobi tulis blog ni ada faedahnya juga...

boleh release tension...lagi boleh tambah ilmu..orang kata..kalau kita berkongsi ilmu..ilmu kita akan bertambah..huhu..

orang kata la...

by the way..sesape yang budak electrical engineering nak cari keje...aku ada terbaca jawatan kosong kat suruhanjaya tenaga...perlukan 10 orang jurutera elektrik...boleh tengok iklan selanjutnya kat jobsmalaysia...

Thursday 22 March 2012

new born

Assalamualaikum

kawanku tengah tunggu detik untuk melahirkan baby sulung die...mesti sangat berdebar..aku tumpang gembira...rezeki dia..dah nak ada baby pun..huhuhu..

firas amsyar..itu nama yang dipilih...semoga dia menjadi seorang anak yang soleh, cergas, cerdik dan tajam pemikirannya..sesuai dengan namanya..firas amsyar...

 semoga kedua-dua ibu dan baby selamat...amin...

Wednesday 21 March 2012

grown up

Assalamualaikum...

saja nak kongsi...bawah nio ada lirik lagu grown up..from ft island..
lately ni aku suka dengar lagu-lagu dari ft island..masuk ngan jiwa..huhuhu..
tapi lagu ni aku tak sempat dengar lagi..just baca lirik je...

bile dah download, aku share kat sini ye..

hehehe

Letting you go without any expression, as if it’s nothing -
I practiced doing that every day but it’s still awkward
I also practiced how to secretly cry while smiling but
I feel like my trembling voice will give it away quickly
Loving is probably hundreds and thousands of times more difficult than breaking up
But I’m a fool that can’t live without you – what do you want me to do?
Severely, I guess I loved you too severely
I don’t even breath and I look around for you
I don’t know when I’ll be able to stop
Severely, I guess I loved you too severely
I think letting you go is more severe than dying
No matter how much it hurts, every day I practiced
Trying to get used to spending a day as if it’s nothing
I don’t think I can forget you anyway
Even if I’m sick with an incurable disease
I’m a fool that can’t live without you – what do you want me to do?
Severely, I guess I loved you too severely
I don’t even breath and I look around for you
I don’t know when I’ll be able to stop
Severely, I guess I loved you too severely
I think letting you go is more severe than dying
If this was how it’s going to be, I shouldn’t have loved
When will I forget you?
Foolishly, I guess I loved you so foolishly
Because of you, I can’t even dream of another love
I’m a fool that only knows you – what do you want me to do?
Severely, I guess we broke up so severely
What’s so hard about saying goodbye that I can’t even open my lips and am hesitating?
Severely, I guess we broke up so severely
You remain deeper than a scar in my heart so I can’t erase you

►—Hangul & Simple Romanization—◄
아무 표정 없이 아무렇지 않게 그렇게 널 보내주길
amu pyojongobsi amurochi anke geuroke nol bonejugil
매일 연습해봐도 어색하기만 하고
meil yonseuphebwado osekhagiman hago
웃음을 보이며 몰래 우는 법도 매일 연습해 봤지만
useumeul boimyo molle uneun bopdo meil yonseuphe bwatjiman
떨리는 목소리에 금새 들킬 것만 같아
ttollineun moksorie geumse deulkil gotman gata
사랑하는 것 보단 이별 하는 게
saranghaneun got bodan ibyol haneun ge
아마 수천 배 수만 배는 힘든데
ama suchon be suman beneun himdeunde
너 없이 못 사는 바보인데 어쩌라고
no obsi mot saneun baboinde ojjorago
지독하게 너무 지독하게 너를 사랑했나 봐
jidokhage nomu jidokhage noreul saranghenna bwa
숨도 못 쉬고 너만 찾는데 도대체 언제쯤 그만 둘 수 있는지
sumdo mot swigo noman chatneunde dodeche onjejjeum geuman dul su inneunji
지독하게 너무 지독하게 너만 사랑했나 봐
jidokhage nomu jidokhage noman saranghenna bwa
널 보내기가 내겐 죽기보다 더 힘든 지독한 일인 것 같아
nol bonegiga negen jukgiboda do himdeun jidokhanirin got gata
아무리 아파도 아무렇지 않게 그렇게 하루를 보내길
amuri apado amurochi anke geuroke harureul bonegil
그저 익숙해 지길 매일 연습해 봤지만
geujo iksukhe jigil meil yonseuphe bwatjiman
어차피 너를 잊진 못할 것 같아
ochapi noreul itjin mot-hal got gata
고칠 수 없는 병에 아프다 해도
gochil su omneun byonge apeuda hedo
너 없이 못사는 바보인데 어쩌라고
no obsi mossaneun baboinde ojjorago
지독하게 너무 지독하게 너를 사랑했나 봐
jidokhage nomu jidokhage noreul saranghenna bwa
숨도 못 쉬고 너만 찾는데 도대체 언제쯤 그만 둘 수 있는지
sumdo mot swigo noman chatneunde dodeche onjejjeum geuman dul su inneunji
지독하게 너무 지독하게 너만 사랑했나 봐
jidokhage nomu jidokhage noman saranghenna bwa
널 보내기가 내겐 죽기보다 더 힘든 지독한 일인 것 같아
nol bonegiga negen jukgiboda do himdeun jidokhanirin got gata
차라리 이럴 거면 사랑조차 말걸
charari irol gomyon sarangjocha malgol
언제쯤엔 잊을까
onjejjeumenijeulkka
미련하게 너무 미련하게 너만 사랑 했나 봐
miryonage nomu miryonage noman sarang hennabwa
다른 사랑은 꿈도 못 꾸게 하는 너만
dareun sarangeun kkumdo mot kkuge haneun noman
너밖에 모르는 바보인데 어쩌라고
nobakke moreuneun baboinde ojjorago
지독하게 너무 지독하게 너와 이별하나 봐
jidokhage nomu jidokhage nowa ibyol-hana bwa
잘 가란 말이 뭐가 어려워 입술조차 떼지 못하고 머뭇거려
jal garan mari mwoga oryowo ipsuljocha tteji mot-hago momutgoryo
지독하게 너무 지독하게 너를 이별하나 봐
jidokhage nomu jidokhage noreuribyol-hana bwa
흉터보다 더 깊이 가슴에 남아 너를 지울 수 없을 것 같아
hyungtoboda do gipi gaseume nama noreul jiul su obseul got gat