Monday 27 August 2012

Jawatan Kosong di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia 2

Assalamualaikum..
masa bukak emel pagi ni...aku ada baca, satu post yang mencari-cari calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Penyelidik Sambilan (Q41) di Putrajaya ni. jadi sesiapa yang teringin bekerja di ibu pejabat KKM, boleh la cuba bagi resume...kat bawah ni..post yang aku baca tadi..aku copy n paste kat sini. Selamat mencuba ye...


Salam Sejahtera..

Bahagian ini sedang mencari seorang Pegawai Penyelidik Sambilan (Q41) yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat/IT. Lebih terbuka kepada graduan yang baru menamatkan pengajian yang masih tercari-cari peluang pekerjaan untuk menimba pengalaman. 

Kepada sesiapa yang mempunyai kenalan yang menepati kelayakan akademik tersebut boleh menghantar resume kepada saya secepat mungkin (Pengisian akan dibuat mulai September 2012).  Sekiranya terdapat ramai calon, sesi temuduga akan dijalankan.

Sekian, terima kasih




Nurhafiza Abd Ghaffar
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Tel : 8883 2200
email : aghafiza@moh.gov.my

Thursday 16 August 2012

gayat

situasi:bersantai di rumah sambil tengok kotak empat segi yang dipanggil televisyen.

Angah: kagum la ngan kucing...diorang kan boleh la duduk atau tidur kat atas beranda yang tinggi-tinggi...tak takut jatuh pun. dah la ruang sempit, kalau bergolek sikit boleh jatuh. bukan rendah, tingkat 13 tu...diorang tak gayat ke?

Achik:: a'ah la...achik pun kagum dengan burung..diorang boleh terbang tinggi-tinggi...diorang tak gayat ke?

Angah:: .......................(Sambil memandang kosong kotak televisyen)

12 am atau 12pm

Assalamualaikum..

hehehe..baru je tadi...aku berbahas dengan salah seorang kawan baik aku..berkenaan sistem 12 jam...
aku yakin..ramai yang keliru samada jam 2400 tu nak letak 12am atau 12pm...walaupun anda bukan berada di sekolah rendah lagi...

termasuk la aku dan kawan-kawan...so bagi nak membantu sikit...aku nak terangkan...

12pm=1200=noon
12am=2400@0000=midnight

macam kelakar pun ade...nampaknya, aku kene amik exam budak sekolah rendah balik..huhuhu



p/s:jam kat tempat aku ni...selalu je habis bateri..asyik kena tukar bateri...orang kate...kalau tempat yang selalu habis bateri means barang elektronik cepat pakai bateri ni..tempat tu keras...itu orang kata la...bukan aku kata...huhuhuhu

Wednesday 1 August 2012

Barang Buatan Malaysia

Assalamualaikum,

Tengah buat-buat sibuk pagi tadi..aku terperasan...yang kebanyakan peralatan pejabat adalah semuanya diimport dari negara luar.

apa yang aku perasan, stationery aku kebanyakannya made in negara luar.

sebagai contoh,

1) gam uhu stick-made in Germany
2) cop rasmi - made in Austria
3) klip kertas, binder clips, pensel - Made in China
4) staples - Made in Japan
5) Cecair kertas aka liquid paper - Made in Thailand
6) Post-it - Made in USA
7) Whiteboard marker - Made in Germany

cukup la tu sebagai contoh..itu belum lagi printer, pc, speaker and so on...

semuanya made in negara luar...aku tak pasti sebabnya..
mungkin sebab takde keluaran negara kita atau harga lebih mahal..aku pun tak tahu...tapi kalau dari segi harga, tak mungkin la..sebab kalau barang yang diimport mestila lagi mahal..sebab cas pengangkutan lagi..(ini apa yang aku rasa la..tak pasti pun...aku kene research dulu)

hipotesis aku yang kedua..rasanya, kat negara kita takda buat benda ni semua kot..takde tanaga pakar...
kalau ada pun, mungkin tak sebagus kualiti yang dihasilkan oleh negara yang terlibat...

aku harap..akan tiba suatu hari nanti...negara kita akan produce semua barang sendiri..jadi apa je yang kita pakai..Made in Malaysia...saat tu aku tunggu...

selain jimat, kita dapat tambah pendapatan negara+rakyat...baru la maju..

tapi nak sampai saat tu..aku tak tau la bila..huhuhu...