Friday 27 July 2012

naikkan cukai rokok - surat pembaca utusan malaysia 27 julai 2012

Assalamualaikum..

rehat tadi aku baru aku baca surat khabar utusan malaysia. Aku tertarik dengan satu surat daripada pembaca..iaitu dari presiden persatuan pengguna pulau pinang (CAP).

cadangannya, agar cukai rokok dinaikkan dalam bajet 2013 yang mana harga rokok akan menjadi RM30 sekotak yang mempunyai 20 batang rokok. penulis juga membuat perbezaan harga sekotak rokok antara negara yang mana, dalam kesemua negara yang disenaraikan penulis...negara kita, Malaysia yang tercinta ni mempunyai harga rokok yang terendah. Negara jiran kita, Singapura pun meletakkan harga RM29 sekotak...amat jauh bezanya dengan negara kita.

Mungkin kita terlalu pemurah. tangan yang memberi racun, tangan itu jua yang memberi penawar..malangnya...penawar yang diberikan tidak cukup menghilangkan racun yang memakan isi dari dalam. menyebabkan ia membusuk.

kesudahannya..kita sendiri yang terpaksa membelanjakan berjuta-juta semata-mata ingin merawat dan menghilangkan racun tersebut..sudah pasti keadaan tidak akan kembali menjadi sama...

yang tinggal, kaki dan tangan yang kudung..paru-paru yang rosak..leher yang tembus dan bibir yang robek..semestinya perkataan sesal sudah tiada gunanya...sebelum keadaan menjadi lebih parah..rasanya..wajarlah kerajaan menaikkan cukai rokok..bagi membendung gejala rokok..sekurang-kurangnya...remaja dan mereka yang berpendapatan rendah..memikirkan 10x untuk meneruskan habit ini...

kesimpulannya..saya sokong 100% agar  cukai terhadap rokok dinaikkan dalam bajet 2013.



p/s:so, apa pendapat anda..tak sabar nak tengok reaksi perokok jika ini menjadi realiti...

6 comments:

  1. posa taley isap rokok..tp tdi aku nmpakkk..tu je nk cakap..sedih kn? bai2.. :)

    ReplyDelete
  2. Hehe. Dia bukan soal naikkan cukai rokok di sini sebnarnya. Mentaliti orang Malaysia masih di takuk lama kebanyakannya.

    Nampka perbezaan kecerdikan si presiden cap dengan saya. Keh3.

    Di sini soalnya nilaian matawang dan jumlah pendapatan isi rumah dan juga pendapatan perkapita seorang rakyat.


    Nilaikan perbezaan matawang malaysia dan sgd.

    1sgd bersamaan 2.50rm

    Gaji asas di singapore berapa pula? Di negara maju pendapatan dia berapa pula? Di sinilah pentingnya asas perkadaran langsung diantara gaji pekerja dan harga barang.

    Di negara maju, harga barang dikatakan mampu milik dek kerna jumlah pendapatan yang tinggi. Rakyat mampu berbelanja dan otomatik janaan ekonomi itu ada.

    Tapi di Malaysia, gaji dengan harga barang tak selari, dengan bebanan hutang kereta, rumah, bil segala, gaji langsung takde simpanan. Rakyat tiada kuasa membeli yang kuat, jadinya macam mana nak jana ekonomi agar naik? Sudah berapa lama permintaan gaji minimum diminta namun masih tiada pelaksanaannya, kesatuan buruh di Malaysia ini terlalu lemah.

    Sampai masa apa hak rakyat yang sebenarnya patut dikembalikan, kita dah lebih 50 tahun merdeka, pembangunan masih di takuk tu juga, tengok korea selatan dalam 20 tahun dari negara setaraf negara miskin afrika terus jadi wolrd leading economy.

    Statistik menunjukkan 80-90 peratus penjawat awam masih belum mampu memiliki rumah walau dah bekerja berpuluh tahun lamanya. Nampak?

    Jadi soalnya bukanlah sebab harga rokok di negara luar tinggi, tapi sebab memang nilai matawang mereka tinggi dan gaji mereka mampu milik.

    Tak timbul soal harga di sini murah dan harga di sana mahal. Sebab itu saya boleh katakan presiden CAP ini agak bodoh. Banyak lagi hal kebaikan yang perlu diutamakan, hak rakyat yang sebetul2nya. Jadi macam mana dia boleh jadi presiden pengguna kalau hal pengguna tak reti handle?

    Maaf panjang lebar bicara tapi di sini saya nak skopkan tentang perkara yang lebih besar, kalau negara dah maju,beradat elok, rokok ni pun akan jadi perkara yang tak mustahak sangat dah.

    ReplyDelete
  3. SaddLone

    sekarang..umat islam dah hilang sifat malu...bukan setakat hisap rokok di siang hari masa bulan ramadhan...tapi selalu je terserempak ngan budak lelaki yang tak gi solat jumaat..diorang dah taks egan dah..boleh je jalan-jalan kat shopping complex..

    moga-moga mereka diberi hidayah..insyaAllah...
    sama-sama kita doakan=)

    ReplyDelete
  4. adam

    apa yang diperkatakan oleh en adam ada betulnya...
    tapi, bukan itu yang saya cuba sampaikan di sini...

    tahukan en adam...kos perbelanjaan negara untuk merawat HANYA TIGA penyakit yang disebabkan oleh tembakau telah menjangkau RM3 bilion..itu baru 3 penyakit...belum lagi bermacam-macam penyakit yang timbul kesan dari penggunaan rokok..

    dan cukai rokok yang dibayar oleh pihak industri tembakau ni..lebih kurang RM3bilion gak...
    jadi..negara kita takde untung pape pun..malahan rugi...

    jadi, sekurang-kurangnya..dengan naikkan cukai rokok..golongan yang berpendapatan rendah berfikir seribu kali kot nak teruskan habit tu...

    lagipun, pada pendapat saya..jika rakyat kita punya pendapatan tinggi pun, negara akan rugi jugak..nak kene bayar kos rawatan..mungkin kos rawatan makin meningkat berikutan golongan berpendapatan rendah pun boleh merokok dengan hati yangs enang...

    ini pendapat saya la..=)

    thanx bagi pendapat ye en adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Terima kasih juga suarakan pendapat kamu. Saya setuju apa yang kamu katakan.

      Delete
    2. Rokok dan tembakau adalah perniagaan orang yahudi,yang mula 2 kata rokok membahyakan kesihatan ,juga doktor yahudi..anehkan?.tapi fakta nya 99 % yang berada di hospital sekarang nie bukan semua nya merokok,dan yang mengeluarkan fakwa rokok itu haram juga adalah negara2 islam yang rapat dengan yahudi..negara china tak pernah kata rokok itu membahyakan kesihatan,mereka kata naik motor lagi bahaya dari merokok..kesimpulan nya mudah...syarikat rokok dapat naik harga rokok dan kerajaaan pn dapat kutip duit dengan mudah..hehehe.

      Delete