Friday 30 December 2011

ombak rindu..2

dulu..aku pernah tulis entry pasal citer ombak rindu nak kuar dan aku tak sabar-sabar nak tengok..

tapi kan..dah dekat sebulan die kuar kat pawagam..aku tak berkesempatannak tengok..sekarang kalau nak tengok pun dah jadi cam basi..huhuhu...takpe la..aku tunggu je kat astro first..

kutipan filem ni dah mencecah 10 juta...mantap...tapi yang buat sentap...filem ni juga dimuat naik di youtube..dekat seribu jugak yang tengok..kalau dihitung..kutipan tiket dah boleh cecah sejuta...huhuhu...

tapi sekarang dah takde..maybe orang yang muat naik tu dah remove balik..aku tak tau die kena ambil pape tindakan atau tak..nati la..mesti kuar agi kat paper..huhuhu..

ombak rindu..bila nak kuar kat astro 1st....kuar la cepattttttt

Thursday 29 December 2011

hipokrit

hipokrit...sikap kepura-puraan...depan cakap lain dan belakang cakap lain...ya, aku terkadang rimas dengan sikap mereka...

dan..

aku selalu terserempak dengan orang hipokrit..
orang kata, kalau nak tengok diri kita camne,kita tengok orang di sekeliling kita...

jadi, adakah aku juga tergolong di kalangan orang yang hipokrit??tapi aku yakin, setiap manusia sekarang ada sisi hipokrit mereka masing-masing...

tepuk dada tanya iman...

polisi kelahiran anak di China

gambar hiasan dari pak cik google

baru-baru ini, aku ada terbaca artikel yang memaparkan perjuangan kaum ibu untuk menuntut hak mereka melahirkan anak kedua dalam keluarga. rupanya, wujud polisi dan undang-undang sebegini di China. Polisi sebegitu diwujudkan kerana kepadatan penduduk yang tinggi di China.

Walaupun kadar kepadatan penduduk yang tinggi, tahap kelahiran yang baru di negara tersebut menurun berikutan kebimbangan ibu bapa terhadap kemampuan mereka membesarkan anak yang ramai dengan kos dan sara hidup yang tinggi.

aku ada terbaca gak artikel sebegitu sebelum ni..kat negara lain pun ada mewujudkan polisi yang sama bagi mengurangkan kepadatan penduduk di negara masing-masing.

tapi, aku kesian kat family yang lebih suka kan anak ramai kat China tu..apa yang aku baca, ada gak segelintir dan segolongan masyarakat dan family kat sana cuba untuk menuntut hak masing-masing..nak dapatkan anak kedua dalam family..dan apa yang aku dengar baru-baru ini..kerajaan mereka bersetuju melonggarkan polisi tersebut berikutan kadar kelahiran yang menurun..

ini bermakna, kepadatan penduduk yang tinggi di sana disebabkan kadar kelahiran baru yang tinggi pada dulu-dulu lagi..jadi sekarang ramai warga tua di sana...jika polisi ini tetap dilaksanakan, kemungkinan nanti kat China kadar kepadatan penduduk turun bila mana wargatua semua dah meninggal dunia..itu pada pandangan aku..

aku syukur dilahirkan di Malaysia di mana kita bebas nak ada berapa anak pun. dan family aku pun dalam kategori family yang besar..bila sumer balik..terutama pada hari raya, sangat meriah..best...alhamdulillah..=)

wedding di pulau pinang bhgn 4

lepas majlis, kami balik umah dalam kul 5++..dekat pukul 6 petang gak la...balik lepas tolong apa yang patut sikit-sikit...

malam tu cadang nak g makan char kuew tiau..tapi disebabkan oleh badan yang sangat penat..kami cancel..better rehat kat umah..lagipun, kami ada tapau nasi kenduri sikit..jadi makan malam kami pun nasi kenduri..huhuhu..

makan sambil tengok vokal akhir...sebenarnya, aku tak ikuti pun rancangan realiti tu...sebab dah bosan..terlalu banyak rancangan realiti..terlalu ramai produk keluaran mereka..sampai aku pun dah tak kenal..ramai sangat yang nak jadi artis gamaknya...tapi yang famous dan dikenali bape kerat je..adoyai..tak pe la..asalkan diorang bahagia...

malam tu pun aku tengok sebab housemate kawan aku memang dok follow je rancangan tu...so, sambil makan...sambil tengok tv...
bagi aku...suara orang lain-lain...sedapnya ikut selera masing-masing...pemilihan lagu pun penting..

lepas habis makan..lepak kejap..then aku pun rasa bosan..esok nak kena bangun awal..keretapi pukul 8 pagi..so, aku pun mintak diri untuk hibernate....

esok pagi, kawan aku yang jadi pengapit tu akan hantar kami ke stesyen, lepas tu die akan terus ke majlis pengantin sebelah pihak lelaki lak..

keesokan paginya..kami bersiap-siap, kemas barang nak balik kl...tapi, aku tengok jam...dah dekat pukul 7..kawan aku yang akan hantar kami ke stesen keretapi tak bangn lagi..kebetulan dia lak period..so aku fikir mungkin kejap lagi dia bangun...

jam dah pukul 7, baru la aku p kejut dia.....baju untuk pi kenduri pun dia tak gosok lagi..huhuu..dia punya la terkejut...silap aku gak tak kejut awal-awal...

so, lepas tu..dia memang pecut habis untuk hantar kami ke stesyen..aku berdebar gak..buat tertinggal keretapi..naya je...tapi dalam hati..ada sedikit harapan..aku harap sangat keretapi delay cam yang berlaku sebelum ni...(wedding di pulau pinang bhgn 1)

pukul 8:05 kami sampai di stesyen...stesyen lengang....tapi ada 1 keretapi kat stesyen..dalam hati berharap itu keretapi kami...kawan aku dah lari-lari anak..pi kejar keretapi tu...huhuhuhu...comey jer...dalam hati..lega...keretapi tak berlepas lagi...

then, aku perasan ada pekerja keretapi tengok kitorang pelik..then dia pun datang dekat kami..dan bagitahu perkara yang aku tak nak dengar...

"keretapi baru je berlepas...yang ada ni keretapi barang"




ya..keretapi baru je berlepas dan kami kena tinggal...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..masa tu nak je mintak kebenaran untuk tumpang keretapi barang tu..huhuhuu...tapi itu just dalam minda ku je..

pekerja tu bagi cadangan untuk kami  try  mintak kebenaran pengurus stesyen untuk naik keretapi seterusnya..then guess what...dia tak bagi..huuhuu..ye la..memang salah kami...lastly..kami ke stesyen bas..nasib baik stesyen bas bersebelahan je ngan stesyen keretapi...dan..biasa la..kalau last minute...tiket mahal..alhamdulillah ada tiket..

then kami beli tiket balik kl ngan harga RM35..naik bas persiaran..syukur kondisinya masih ok...dan kami sampai kl dalam kul 1....senyum lebar je aku sebab..kalau naik keretapi..jangkaan masa arrive tu dalam pukul 4:15 petang...ada hikmah kami sampai awal..heheheh...syukur...

dan sampai sekarang..tradegi terlepas keretapi masih aku terbayang-bayang..ye la...tengok kawan aku lari-lari anak nak gi kejar keretapi...takpe la..experience tu...bila lagi nak merasa..hehehhehe...

pi penang naik keretapi..balik naik bas...hidup mesti de perubahan..takkan nak static je..ye dak???
(ayat nak sedapkan hati..padahal aku yang kena tinggal...)...

(^_^)"

Wednesday 28 December 2011

wedding di pulau pinang bhgn 3

ok..aku nak sambung cerita semalam...

lepas kitorang beli hadiah, kami pun balik..dalam hati, tak sabar nak tengok pengantin...kawan aku yang kami tumpang tu, aku namakan sebagai k'bel.. nak dijadikan cerita, k'bel ni diberi tugas penting iaitu menjadi pengapit dan juga akan membawa pengantin ke butik untuk di make up dan didandan...

jadi kami pun bertolak awal...sampai kat butik...suami pengantin dah sampai...kami tunggu lebih kurang sejam gak kat butik...tunggu mak andam..nasib la kat butik tu banyak baju dan set pelamin untuk aku ngan kawan-kawan aku jamu mata. sempat la berangan lebih kurang...

dalam kul 10, mak andam sampai...kesian gak die..die dapat info yang kami nak pakai khidmat die pukul 10..kawan aku diberitahu untuk datang kul 9..jadi, yang jadi orang tengah ni pun memainkan peranan penting tau dalam memastikan kelancaran majlis..huhuhu...

alhamdulillah..penantian tidak sia-sia...hasilnya..dengan tangan seni dan ke'kreatif'an mak andam..make up kawan aku sangat natural dan cantik. berbaloi kami tunggu lama...tak jemu mata memandang orang kata...

kami keluar dari butik lebih kurang pukul 11:30...dalam kelam kabutnye, ye la..janji nak balik kul 10:30...huhuhu

bila sampai umah, dah ramai tetamu yang sampai..geng kompang,dan bersilat pun dah menunggu..yup..kami sampai kul 12 lebih sikit...cam masa tu dak ok la..

pengantin belah lelaki janji nak datang kul 12:30, so, kami cepat-cepat masuk umah sebab photoghrapher dah tunggu nak amik gambar pengantin sebelum pihak lelaki sampai...

ayah pengantin ni, ramai kenalan gak...so ramai la tetamu yang datang...khemah pun banyak...so, bile majlis kawen..biasa la...dah jadi camtempat perjumpaan teman-teman lama a.k.a reunion....ramai la kawan-kawan masa blaja dulu yang aku jumpa...ada yang datang ngan mak, ada yang datang ngan pasangan..aku je yang tak terpasang lagi..huhuhuhu...

ok, bila pengantin lelaki datang, dekat kul 1 gak la sebab ade satu kereta sesat...so, biasa la...pengantin perempuan akan sambut suami...cuaca lak...panas terik..huhu..cian aku tengok pengantin..berarak ngan jalan slow-slow..team kompang lak men banyak-banyak lagu..tak boleh nak salahkan diorang gak..diorang dah berlatih...lepas kompang de orang bersilat lak..aku tabik spring kat orang bersilat tu..dah la panas terik, atas jalan tar, then die berkaki ayam lagi..sangat gigih..huhuhuhu

lepas tengok orang bersilat, bertepuk, bertampar manja gitu...pengantin pun diarak masuk ke khemah..terus ke makan beradap dan acara potong kek...menu kat majlisni pun macam-macam ada...

ada nasi campur (lauk ayam masak halia, kerabu pucuk paku, daging, dalca dan buah limau), ada laksa penang, ada mee, kuew tiau dan bihun...kuah die lak ade sup dan kari..jadi tetamu boleh pilih nak kuah apa..then ada char kuew tiau dan pisang goreng...air die lak ade 3 jenis...air soya, air asam boi dan satu lagi aku tak pasti air ape..rasenye cam air cincau kot...huhuuhu..

memang sangat besar la majlis die..tak tau berapa habis untuk makan..die tak nak cakap..tapi kalau untuk make up, pelamin, baju dan khemah..semuanya RM3200.00 kalau tak salah aku...huuhu..

itu tak termasuk makan, cenderahati, tempah team kompang n bersilat lagi...aku tak tau berapa habis yang sebenarnya....huhuhuhu...

kesimpulan..aku sangat kagum dengan kemeriahan majlis tu...

sangat.

Tuesday 27 December 2011

wedding di pulau pinang bhgn 2

lepas kitorang sampai di penang lebih kurang pukul 4:45 petang...kawan akmi yang baik hati datang la menjemput kami...
aku syukur adanya kawan yang selalu je dapat tolong aku masa aku dalam kesusahan..alhamdulillah...

lepas dia amik tu, kami pun menyuarakan permintaan kami nak beli rojak or jeruk sikit sebagai buah tangan untuk kawan-kawan opis dan kat umah sikit...

bagi menjimatkan waktu, die pun bawak la kami ke gerai menjual jeruk berdepan dengan stesyen bas. untuk pengetahuan korang, stesyen bas dan stesyen keretapi kat butterworth ni sangat dekat. jalan kaki pun rasa tak penat.. peluh pun rasa segan nak kuar sebab dekat sangat..itu la perumpamaannya..dengan cuaca masa tu, tak panas, tak sejuk..agin pun tiup malu-malu..so, ok la berjalan-jalan sikit..

ni la stesyen bas kat butterworth tu..di sebelah die, nampak kan landasan keretapi..haaaa..dekat je...gambar ni dari ehsan pak cik google...aku takde kamera atau handphone canggih yang ada kamera..huhuhuu


ok, lepas beli la sikit buah tangan...kami pun bertolak la p cosway sebab nak beli hadiah untuk pengantin...

tapi sebelum tu...disebabkan perut ni dah macam-macam main lagu...kami pun pi la makan dulu..pasal makan ni pun memberi masalah gak...sebab, terlalu banyak choice...

biasa la manusia..tak reti nak bersyukur..bila takde choice, cakap takde choice..bila dah banyak, rambang mata lak..huhuu...last sekali kami pui makan kat kenny rogers...disebabkan aku ni tak pandai sangat makan makanan omputih, jadi hidangan tu tak termasuk dalam list favourite aku..

bila dah perut hepi, kami pun berjalan la...menunaikan hajat yang tertangguh..jumpa la cosway...lepas habis tilik dan memerah otak tentang keberangkalian tentang tahap kegunaan hadiah kitorang tu..kami pun bersepakat untuk beli pemanas air..yang 4.5 liter tu..

hajat hati nak beli multicooker...tapi stok habis..sebab sumer orang dah borong buat hadiah krismas...biasa la..hadiah yang best ni ramai orang minat...so kami beli la water heater tu...

dalam fikiran, mesti senang kawan kami tu nak buat air untuk suami..huhuhu...so, mungkin sangat bermanfaat la..heheheh=)
harap die pun suke ngan hadiah yang kami pilih...

wedding di pulau pinang bhgn 1

weekend aritu..aku ngan kawan aku jalan-jalan p penang..sebenarnya bukan jalan-jalan...
kitorang p kenduri kawen kawan...

yang lainnye...kami naik keretapi...hehehehe..boleh tahan seronok gak...kami sengaja amik tiket keretapi sebab nak merasa naik keretapi jarak jauh..huhuhu..

kebetulan, kawan aku lak tak pernah naik keretapi...jadi sebagai kawan yang sangat kesiankan nasib kawan aku ni..aku pun buat keputusan untuk menemani beliau untuk g penang naik keretapi...

kitorang beli tiket 2 way...senang la..tak payah la nak cari tiket nak balik kl pulak nanti...so, ari sabtu hari tu...kami janji untuk jumpa di kl sentral..yup...sebab kami naik keretapi tu kat kl sentral..huhuhu

untuk rasa lagi cam merantau...kami beli la air konon buat bekal atas keretapi...kitorang pun tunggu la...aku rasa makin resah sebab, masa yang tercatat pada tiket pukul 8:45 pagi..tapi, pukul 9 keretapi tak muncul-muncul gak...

tapi ok la...bukan kami je yang tunggu..ramai...so, aritu...kami bertolak agak lambat...dalam kul 9++ baru bertolak..so sekarang, aku dah faham dengan jadual keretapi..mereka ini akan lambat...

kawan aku yang jadi pengantin tu pun cakap camtu...takpe la, asalkan selamat sampai...

kami sampai butterworth dalam pukul 4:45 petang..boleh tahan lama gak duk dalam keretapi...huhu..sampai aku naik bosan..mula la melilau kat gerabak orang lain..huhuhuhu....

dalam train, ada gak orang yang jual 'jajan', biskut, mee goreng  dan nasi lemak..tapi, tau-tau je la..benda yang terhad ni..harga pun melambung tinggi...oleh sebab lapar..aku bantai mee goreng, dan kawan aku lak makan nasi lemak...

lepas kenyang dan suka hati..kami pun berehat-rehat sambil tengak pokok-pokok yang melambai-lambai di kiri dan kanan kami..huhuhu..

boleh tahan gak ye pokok buah-buahan..yang aku tengok, rambutannye...perghhh...sumer dah masak..merah-merah gitu...

masuk ke negeri perak..aku tengok banyak sawah padi kat kiri kanan landasan train ni...siap ada pesawah tengah tanam anak benih pokok padi...memang banyak la...cantik pun cantik...
jadi aku buat kesimpulan, orang perak suka berbudi pada tanah a.k.a suka bercucuk tanam.

masuk negeri pulau pinang lak..aku tengok..banyak betul reban kat tepi landasan...reban itik, kerbau, lembu, angsa..macam-macam lagi...yang menarik..aku tengok..reban itik..mak aiii..besar giler..beratus ekor gak la..ni mesti buat bisnes ni...
disebabkan pelbagai haiwan dan ternakan yang aku dapat tengok kat tepi landasan ni..aku wat kesimpulan, orang penang suka menternak..hhuhuuhu

bagus-bagus...=)
kesimpulannya, memang best la naik train g penang..korang cube la..
macam-macam jenis seat korang boleh pilih..dari yang ekonomi..hinggga lah yang ada bilik, katil, komputer dan pelbagai lagi..sangat best..=)
KTM memang best=))

macam ni la lebih kurang seat aku hari tu...tapi rasanya besar sikit sebab kelas superior..


Thursday 22 December 2011

aku sedih

hari ni..aku rasa sedih...
tak tau nape...

atau mungkin...

sebab

aku baru tahu...aku dikhianati oleh orang yang aku percaya....
sangat kecewa...sedih...

tak tau ape yang perlu ku buat untuk hilangkan rasa sakit hati di hati ini...

Astaghfirullah.....Ya Allah..ampunkan dosaku...

mimpi semalam

semalam tido...aku mimpi..
En Voltan (V), Cik Arus (I) dan Pak Cik Rintangan (R) datang...


dah macam reunion dah...

Wednesday 21 December 2011

hari oren

arini...hari baju korporat..yeay!
sumer pakai baju oren...
bile ramai2 berkumpul dah cm penjual kt pasar malam kt presint 2...


uniform diorang pn oren..huhuhuhu

Tuesday 20 December 2011

lagi-lagi pasal rokok

assalamualaikum...

hari ni aku ada baca some interesting information about rokok...guess what...someone dari orang industri rokok ni cakap...diorang tak hisap rokok, diorang just jual rokok ni kat orang yang muda, miskin, dan bodoh...huh..
sakit ati bace...

kalau korang nak tau lagi something fakta yang menarik lagi fasal rokok ni...act...bukan menarik..but mengejutkan dan menakutkan...klik sini ye...

hope korang akan sedar...harap..perokok-perokok sekalian akan sedar..betapa mereka itu sungguh kasihan dan menyedihkan...
ok..

cukup..

biaq p diorang bace...

Friday 16 December 2011

cer bace..cer bace..

ini berita dan luhan hati seorang ibu tunggal...saya kongsi untuk diambil sebagai pengajaran...

 ARKIB : 11/12/2011
Lupa kerana kekasih
“MEMANG sukar untuk melahirkan isi hati ini, kerana saya terlalu kecewa, amat sakit hati, lelah, dan terpaksa melalui kehidupan anak-beranak dalam kesempitan.
Sedangkan saya telah berusaha dan bekerja keras membina hidup agar keluar dari kemiskinan. Malangnya ujian yang dilalui merobek segalanya. Hanya Allah yang tahu bila penghujungnya.
“Saya berkahwin lebih 16 tahun sebaik sahaja tamat diploma. Kami datang dari keluarga susah, tetapi ketika belajar dah dapat kekasih rakan sekuliah yang sehati sejiwa.

"Ketika itu dunia terasa begitu indah, ke mana pergi berdua. Ibu dan ayah bimbang, lantas merelakan kami segera kahwin takut kalah godaan nafsu.” Demikian cerita Jamaliah dalam emelnya.
“Memulakan hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur terasa amat sukar. Namun hati bahagia kerana masing-masing saling mencintai dan memahami. Mengusung perut sambil menaiki motosikal Roslizam, suami tercinta pergi bekerja jadi amalan biasa.
“Setelah dapat dua anak dan memikirkan desakan hidup yang mencabar kami ingin membaiki taraf hidup kami bertekad sambung belajar. Disebabkan kami belajar berasingan saya di utara dan Roslizam di selatan maka kami terpaksa hantar anak ke kampung untuk ibu jaga.

"Masa dan wang begitu berharga saat itu. Walau jadual penuh tetapi saya kuatkan kudrat dan semangat pulang bertemu anak di kampung serta Roslizam. Tetapi Roslizam saya lihat rileks, tak balik kampung, sebaliknya sibuk dengan rakan sekuliah dan melayan telefonnya.
“Saya dapati dia mula curang. Kerana saya cepat sedar dia minta maaf dan kami berdamai. Akhirnya kami berdua berjaya menggenggam segulung ijazah. Masa berlalu, masing-masing berada dalam posisi yang lebih baik.

"Anak bertambah empat orang. Tetapi Roslizam semakin sibuk di luar rumah. Dah pandai bergaya dan pulang larut malam. Rupa-rupanya dia buat hal lagi membuatkan kami sering bergaduh. Dia semakin liar, pandai menipu. Lebih teruk dia jadi kedekut tidak mahu berbelanja untuk keluarga.

“Dia sanggup menipu ada urusan luar daerah sedangkan sebenarnya dia ke Perlis, bila pulang saya lihat gambar dia dengan wanita separuh bogel dalam komputer dan telefonnya.

"Untuk lebih pasti saya jumpa resit hotel, restoran dan resit membeli minyak wangi dan pakaian wanita, sedangkan untuk beli makanan anak-anak dia amat berkira.

Rakaman gambar
“Satu malam Roslizam balik lewat dia terus cas telefonnya. Dia sangka saya tidur dan dia terus melayari Internet. Lantas saya buka telefonnya.

"Alangkah terkejutnya bila lihat rakaman gambar dia sedang buat hubungan seks dengan wanita lain. Dan kami gaduh lagi. Nak dijadikan cerita ketika itu saya sedang hamil.

“Sebulan sebelum bersalin Roslizam beritahu dia hendak nikah satu lagi. Tiada langsung rasa simpatinya pada saya yang akan bersalin tak lama lagi.
“Jadual pembedahan terpaksa dipercepatkan kerana tekanan darah meningkat mendadak. Saya ke hospital sendirian dan masuk bilik pembedahan dengan iringan tangisan air mata kerana terasa amat sedih dihina begini.
“Masa berpantang terasa amat sengsara. Saya ditinggalkan bersama anak-anak, dan saya tak boleh bertanya, akibatnya akan dipukul walaupun depan anak.
“Jiran turut simpati dan kerap membantu. Tidak tahan lagi dengan sepak terajangnya saya buat laporan polis. Hinggakan saya jadi terkenal di pejabat polis kerana sering buat aduan.

"Pihak mahkamah menasihatkan saya duduk berasingan kerana ancaman keselamatan. Badan saya tidak terdaya lagi menanggungnya.

“Roslizam tak mahu ceraikan saya, katanya dia bukan bodoh kerana terpaksa kena potong gaji untuk bayar nafkah anak. Saya tahu dia tidak layak berpoligami hanya ego dan nafsu sahaja yang menguasainya.

"Demi keselamatan dan mengubat hati yang parah saya bawa semua lima anak berpindah ke utara tanah air. Roslizam tidak mahu ambil walau seorang pun. Di sini saya memulakan hidup baru dalam keadaan serba kekurangan dan kemiskinan.

"Tak lama kemudian Roslizam cabar saya buat tuntutan fasakh. Proses berjalan hampir dua tahun kerana dia sering lengahkan perbicaraan tidak hadir mahkamah. Saya jadi papa kedana kerana habis wang lantik peguam. Akhirnya dia ceraikan saya kerana nak cepat kahwin.
“Roslizam tidak mahu beri nafkah anaknya seramai lima orang. Saya kesal kerana anak-anak turut hidup susah gara-gara ayah mereka. Adakala mereka memberontak kerana kemahuan tidak dipenuhi.

"Anak lelaki yang bersekolah menengah mula bersikap kurang ajar apabila ditegur. Ini yang membingungkan saya. Saya hanya mampu menangis dan berdoa semoga penderitaan ini segera berakhir.

“Kepada kaum lelaki ingatlah jangan bina istana atas penderitaan orang lain. Jangan lupa daratan dengan sedikit kesenangan yang Allah beri, satu hari nanti Allah akan uji apabila semua kesenangan itu Allah tarik semula.
“Kepada mahkamah syariah tolonglah percepatkan urusan perceraian kerana ia menyusahkan wanita dan anak-anaknya. Saya mohon jadikanlah undang-undang, setiap lelaki yang hendak ceraikan isterinya atau berkahwin lagi tolong buat potongan gaji untuk nafkah anak-anak.
“Selesaikan segera pembahagian harta sepencarian. Tak perlu tunggu peguam, sebab yang kaya adalah peguam yang menderita adalah wanita yang diceraikan yang bergelar ibu tunggal."
Itu luahan hati Jamaliah yang hidupnya amat terseksa kerana tidak mendapat nafkah dari bekas suaminya dan diseksa fizikal dan psikologinya.



pada pendapat saya, saya bersetuju dengan pandangan dan permohonan Jamaliah...Ibu tunggal yang terpaksa bersusah payah untuk menggaji seorang peguam semata-mata untuk menuntut fasakh dari suaminya. Mungkin Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau Kementerian yang terbabit boleh menjadikan kisah ini satu inisiatif untuk mewujudkan undang-undang bagi memperjuagkan hak bagi ibu-ibu tunggal yang senasib seperti Jamaliah.

Perjuangkan hak mereka..wujudkan undang-undang yang mana adanya undang-undang pemotongan gaji bagi diperuntukkan untuk nafkah anak-anak. Jika pemotongan gaji untuk pinjaman PTPTN dan sebagainya boleh diwujudkan, tidak mustahil pemotongan gaji untuk pembayaran nafkah anak-anak boleh diwujudkan.

Mungkin kedengarannya agak mustahil..Tetapi, jika dilihat dari sudut positif, perkara ini menjadi lebih mudah jika semua pihak berganding bahu untuk mewujudkan hal ini..

Memang benar Jamaliah boleh memfailkan tuntutan nafkah anak-anak di mahkamah, akan tetapi...tidakkah hal ini akan memakan kos yang besar...jadi, bagi ibu tunggal yang dalam kesempitan hidup seperti Jamaliah, hal ini amatlah membebankan beliau...

diharap, ada pihak yang boleh tampil untuk membantu golongan seperti Jamaliah dengan mewujudkan undang-undang sedemikian...itu pendapat aku la....

Thursday 15 December 2011

hidayah..

tadi aku ada baca tentang kisah hidup seorang jutawan ni...meremang bulu roma bila baca...

tentang kisah hidup pengasas produk sendayu tinggi...bagaimana kisah dia, macam mana dia boleh berubah, dan impian dia...
kalau berminat, boleh klik sini...

moga apa yang saya kongsi akan memberi manfaat kepada sumer...yang paling penting..ia dikira sebagai amalan...insyaAllah...

fikir positif..

orang selalu kata...pape pun buat..kena fikir positif..
atau think positive..


ye..kalau fikir positif..insyaAllah apa yang kita buat mudah...=)

kawan-kawan aku pun selalu cakap..
kena fikir positif..jangan buruk sangka..nanti aura negatif tu datang kat kita balik...

memang betul pun..ini ada dalam banyak kajian...yang kata, orang yang berfikiran positif mampu meng'handle' stres lebih baik berbanding orang yang mempunyai fikiran negatif. Selain tu, pernah tak korang rasa cam tak suka atau tak best nak dekat dengan seseorang? ini adalah kerana orang tu memancar aura negatif dia. Jadi, kita rasa tak best nak dekat...

itu apa yang aku baca la..just sebagai perkongsian..tapi kan..bagi aku..fikir positif pun kena la bertempat kan..

kalau situasi kat bawah ni, aku rasa dah tak boleh nak fikir positif dah..dah memang tak selamat..huhuhuhu..

Tuesday 13 December 2011

nasi ambang yang sedap

tadi tengahari..
kawan-kawan ajak aku pi makan tengahari kat satu port baik punyer..area presint 14..
kedai tu bukannya kedai la..tapi actually gerai jual keropok dan goreng pisang...ada orang tinggal bungkusan nasi ambang kat situ...

harga memang mahal..rm5..tapi pakej lengkap la...sumer ada..ngan sedap agi..tak payah cakap la...

sebelah gerai tu, ade gerai len, jual char kuew tiau dan di belakangya ada kedai makan...

even gerai kecik, tapi kat situ sentiasa penuh...sebab sedap..heheheh
biasa la ..benda sedap ni orang tak kisah sangat walau mahal..
sebab berbaloi...hehehhe..

tak menyesal ikut tadi....



ni la tempatnya...gambar ni aku amik dari tenet je...nanti bila aku pi lagi, aku snap btol-btol ye..tadi best sangat makan..sampai lupa nak snap gambar..heheheh...

Disember 2011

pejam celik..pejam celik...
dah bulan 12...dalam beberapa hari lagi tahun baru...2012..
pada bulan ni..macam-macam jadi...

kawanku bersalin...kawanku bertunang..kawanku kawin...biase la hujung tahun...
bila sebut pasal majlis kawin ni...
baru-baru ni...aku ada ikut kakak ngan abang ipar aku pi majlis orang kawin..huhu...
sebenarnya majlis bersanding...

diorang wat kat dewan...banyak bajet diorang...biasa la..majlis-majlis camni...sekali seumur hidup..insyaAllah...
dan biasanya ikut kemampuan...dan tempat yang aku pi ni bukan calang-calang gak la...orangnya agak senang dan berada..jadi majlisnya besar...kebetulannya pengantin adalah anak kepada salah seorang orang besar kerajaan, jadi menteri pun ada datang di majlis diorang..bertuah punya badan..heheheh
rezeki orang..rezeki kita, kita tak tau...

ok, berbalik pada majlis tu...kami sampai awal disebabkan abang ipar aku ni antara orang kuat majlis tu..so, kena la datang awal..sementara nak tunggu orang penuh dewan tu...aku sempat gak la klik-klik beberapa gambar kat dewan tu...majlis berlangsung cam biasa la...tapi apa yang aku kagum...

semasa kitorang makan...diorang ada buat video..tentang macam mana mempelai ni kenal...aku kagum bila tengok video tu...diorang just kenal 6 bulan je...then terus decide jumpe family masing-masing, then kawin...jodoh kan..
kita tak boleh nak duga...kadang-kadang..kita tengok, orang bercinta bertahun-tahun..sampai ada sampai 1 dekad, tapi mungkindah takde jodoh...tapi ada gak yang berakhir ke jenjang pelamin...contohnya kawan aku..bercinta lebih satu dekad..sekarang alhamdulillah dah kawin dan tengah tunggu kehadiran orang ketiga dalam family kecik diorang..=))

so, semuanya ketentuan..kita hanya mampu merancang, berusaha dan bertawakal..

turn kita, kita tak tau la camne ye..mudah-mudahan di permudahkan Allah...InsyaAllah...