Friday 30 December 2011

ombak rindu..2

dulu..aku pernah tulis entry pasal citer ombak rindu nak kuar dan aku tak sabar-sabar nak tengok..

tapi kan..dah dekat sebulan die kuar kat pawagam..aku tak berkesempatannak tengok..sekarang kalau nak tengok pun dah jadi cam basi..huhuhu...takpe la..aku tunggu je kat astro first..

kutipan filem ni dah mencecah 10 juta...mantap...tapi yang buat sentap...filem ni juga dimuat naik di youtube..dekat seribu jugak yang tengok..kalau dihitung..kutipan tiket dah boleh cecah sejuta...huhuhu...

tapi sekarang dah takde..maybe orang yang muat naik tu dah remove balik..aku tak tau die kena ambil pape tindakan atau tak..nati la..mesti kuar agi kat paper..huhuhu..

ombak rindu..bila nak kuar kat astro 1st....kuar la cepattttttt

Thursday 29 December 2011

hipokrit

hipokrit...sikap kepura-puraan...depan cakap lain dan belakang cakap lain...ya, aku terkadang rimas dengan sikap mereka...

dan..

aku selalu terserempak dengan orang hipokrit..
orang kata, kalau nak tengok diri kita camne,kita tengok orang di sekeliling kita...

jadi, adakah aku juga tergolong di kalangan orang yang hipokrit??tapi aku yakin, setiap manusia sekarang ada sisi hipokrit mereka masing-masing...

tepuk dada tanya iman...

polisi kelahiran anak di China

gambar hiasan dari pak cik google

baru-baru ini, aku ada terbaca artikel yang memaparkan perjuangan kaum ibu untuk menuntut hak mereka melahirkan anak kedua dalam keluarga. rupanya, wujud polisi dan undang-undang sebegini di China. Polisi sebegitu diwujudkan kerana kepadatan penduduk yang tinggi di China.

Walaupun kadar kepadatan penduduk yang tinggi, tahap kelahiran yang baru di negara tersebut menurun berikutan kebimbangan ibu bapa terhadap kemampuan mereka membesarkan anak yang ramai dengan kos dan sara hidup yang tinggi.

aku ada terbaca gak artikel sebegitu sebelum ni..kat negara lain pun ada mewujudkan polisi yang sama bagi mengurangkan kepadatan penduduk di negara masing-masing.

tapi, aku kesian kat family yang lebih suka kan anak ramai kat China tu..apa yang aku baca, ada gak segelintir dan segolongan masyarakat dan family kat sana cuba untuk menuntut hak masing-masing..nak dapatkan anak kedua dalam family..dan apa yang aku dengar baru-baru ini..kerajaan mereka bersetuju melonggarkan polisi tersebut berikutan kadar kelahiran yang menurun..

ini bermakna, kepadatan penduduk yang tinggi di sana disebabkan kadar kelahiran baru yang tinggi pada dulu-dulu lagi..jadi sekarang ramai warga tua di sana...jika polisi ini tetap dilaksanakan, kemungkinan nanti kat China kadar kepadatan penduduk turun bila mana wargatua semua dah meninggal dunia..itu pada pandangan aku..

aku syukur dilahirkan di Malaysia di mana kita bebas nak ada berapa anak pun. dan family aku pun dalam kategori family yang besar..bila sumer balik..terutama pada hari raya, sangat meriah..best...alhamdulillah..=)

wedding di pulau pinang bhgn 4

lepas majlis, kami balik umah dalam kul 5++..dekat pukul 6 petang gak la...balik lepas tolong apa yang patut sikit-sikit...

malam tu cadang nak g makan char kuew tiau..tapi disebabkan oleh badan yang sangat penat..kami cancel..better rehat kat umah..lagipun, kami ada tapau nasi kenduri sikit..jadi makan malam kami pun nasi kenduri..huhuhu..

makan sambil tengok vokal akhir...sebenarnya, aku tak ikuti pun rancangan realiti tu...sebab dah bosan..terlalu banyak rancangan realiti..terlalu ramai produk keluaran mereka..sampai aku pun dah tak kenal..ramai sangat yang nak jadi artis gamaknya...tapi yang famous dan dikenali bape kerat je..adoyai..tak pe la..asalkan diorang bahagia...

malam tu pun aku tengok sebab housemate kawan aku memang dok follow je rancangan tu...so, sambil makan...sambil tengok tv...
bagi aku...suara orang lain-lain...sedapnya ikut selera masing-masing...pemilihan lagu pun penting..

lepas habis makan..lepak kejap..then aku pun rasa bosan..esok nak kena bangun awal..keretapi pukul 8 pagi..so, aku pun mintak diri untuk hibernate....

esok pagi, kawan aku yang jadi pengapit tu akan hantar kami ke stesyen, lepas tu die akan terus ke majlis pengantin sebelah pihak lelaki lak..

keesokan paginya..kami bersiap-siap, kemas barang nak balik kl...tapi, aku tengok jam...dah dekat pukul 7..kawan aku yang akan hantar kami ke stesen keretapi tak bangn lagi..kebetulan dia lak period..so aku fikir mungkin kejap lagi dia bangun...

jam dah pukul 7, baru la aku p kejut dia.....baju untuk pi kenduri pun dia tak gosok lagi..huhuu..dia punya la terkejut...silap aku gak tak kejut awal-awal...

so, lepas tu..dia memang pecut habis untuk hantar kami ke stesyen..aku berdebar gak..buat tertinggal keretapi..naya je...tapi dalam hati..ada sedikit harapan..aku harap sangat keretapi delay cam yang berlaku sebelum ni...(wedding di pulau pinang bhgn 1)

pukul 8:05 kami sampai di stesyen...stesyen lengang....tapi ada 1 keretapi kat stesyen..dalam hati berharap itu keretapi kami...kawan aku dah lari-lari anak..pi kejar keretapi tu...huhuhuhu...comey jer...dalam hati..lega...keretapi tak berlepas lagi...

then, aku perasan ada pekerja keretapi tengok kitorang pelik..then dia pun datang dekat kami..dan bagitahu perkara yang aku tak nak dengar...

"keretapi baru je berlepas...yang ada ni keretapi barang"




ya..keretapi baru je berlepas dan kami kena tinggal...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..masa tu nak je mintak kebenaran untuk tumpang keretapi barang tu..huhuhuu...tapi itu just dalam minda ku je..

pekerja tu bagi cadangan untuk kami  try  mintak kebenaran pengurus stesyen untuk naik keretapi seterusnya..then guess what...dia tak bagi..huuhuu..ye la..memang salah kami...lastly..kami ke stesyen bas..nasib baik stesyen bas bersebelahan je ngan stesyen keretapi...dan..biasa la..kalau last minute...tiket mahal..alhamdulillah ada tiket..

then kami beli tiket balik kl ngan harga RM35..naik bas persiaran..syukur kondisinya masih ok...dan kami sampai kl dalam kul 1....senyum lebar je aku sebab..kalau naik keretapi..jangkaan masa arrive tu dalam pukul 4:15 petang...ada hikmah kami sampai awal..heheheh...syukur...

dan sampai sekarang..tradegi terlepas keretapi masih aku terbayang-bayang..ye la...tengok kawan aku lari-lari anak nak gi kejar keretapi...takpe la..experience tu...bila lagi nak merasa..hehehhehe...

pi penang naik keretapi..balik naik bas...hidup mesti de perubahan..takkan nak static je..ye dak???
(ayat nak sedapkan hati..padahal aku yang kena tinggal...)...

(^_^)"

Wednesday 28 December 2011

wedding di pulau pinang bhgn 3

ok..aku nak sambung cerita semalam...

lepas kitorang beli hadiah, kami pun balik..dalam hati, tak sabar nak tengok pengantin...kawan aku yang kami tumpang tu, aku namakan sebagai k'bel.. nak dijadikan cerita, k'bel ni diberi tugas penting iaitu menjadi pengapit dan juga akan membawa pengantin ke butik untuk di make up dan didandan...

jadi kami pun bertolak awal...sampai kat butik...suami pengantin dah sampai...kami tunggu lebih kurang sejam gak kat butik...tunggu mak andam..nasib la kat butik tu banyak baju dan set pelamin untuk aku ngan kawan-kawan aku jamu mata. sempat la berangan lebih kurang...

dalam kul 10, mak andam sampai...kesian gak die..die dapat info yang kami nak pakai khidmat die pukul 10..kawan aku diberitahu untuk datang kul 9..jadi, yang jadi orang tengah ni pun memainkan peranan penting tau dalam memastikan kelancaran majlis..huhuhu...

alhamdulillah..penantian tidak sia-sia...hasilnya..dengan tangan seni dan ke'kreatif'an mak andam..make up kawan aku sangat natural dan cantik. berbaloi kami tunggu lama...tak jemu mata memandang orang kata...

kami keluar dari butik lebih kurang pukul 11:30...dalam kelam kabutnye, ye la..janji nak balik kul 10:30...huhuhu

bila sampai umah, dah ramai tetamu yang sampai..geng kompang,dan bersilat pun dah menunggu..yup..kami sampai kul 12 lebih sikit...cam masa tu dak ok la..

pengantin belah lelaki janji nak datang kul 12:30, so, kami cepat-cepat masuk umah sebab photoghrapher dah tunggu nak amik gambar pengantin sebelum pihak lelaki sampai...

ayah pengantin ni, ramai kenalan gak...so ramai la tetamu yang datang...khemah pun banyak...so, bile majlis kawen..biasa la...dah jadi camtempat perjumpaan teman-teman lama a.k.a reunion....ramai la kawan-kawan masa blaja dulu yang aku jumpa...ada yang datang ngan mak, ada yang datang ngan pasangan..aku je yang tak terpasang lagi..huhuhuhu...

ok, bila pengantin lelaki datang, dekat kul 1 gak la sebab ade satu kereta sesat...so, biasa la...pengantin perempuan akan sambut suami...cuaca lak...panas terik..huhu..cian aku tengok pengantin..berarak ngan jalan slow-slow..team kompang lak men banyak-banyak lagu..tak boleh nak salahkan diorang gak..diorang dah berlatih...lepas kompang de orang bersilat lak..aku tabik spring kat orang bersilat tu..dah la panas terik, atas jalan tar, then die berkaki ayam lagi..sangat gigih..huhuhuhu

lepas tengok orang bersilat, bertepuk, bertampar manja gitu...pengantin pun diarak masuk ke khemah..terus ke makan beradap dan acara potong kek...menu kat majlisni pun macam-macam ada...

ada nasi campur (lauk ayam masak halia, kerabu pucuk paku, daging, dalca dan buah limau), ada laksa penang, ada mee, kuew tiau dan bihun...kuah die lak ade sup dan kari..jadi tetamu boleh pilih nak kuah apa..then ada char kuew tiau dan pisang goreng...air die lak ade 3 jenis...air soya, air asam boi dan satu lagi aku tak pasti air ape..rasenye cam air cincau kot...huhuuhu..

memang sangat besar la majlis die..tak tau berapa habis untuk makan..die tak nak cakap..tapi kalau untuk make up, pelamin, baju dan khemah..semuanya RM3200.00 kalau tak salah aku...huuhu..

itu tak termasuk makan, cenderahati, tempah team kompang n bersilat lagi...aku tak tau berapa habis yang sebenarnya....huhuhuhu...

kesimpulan..aku sangat kagum dengan kemeriahan majlis tu...

sangat.

Tuesday 27 December 2011

wedding di pulau pinang bhgn 2

lepas kitorang sampai di penang lebih kurang pukul 4:45 petang...kawan akmi yang baik hati datang la menjemput kami...
aku syukur adanya kawan yang selalu je dapat tolong aku masa aku dalam kesusahan..alhamdulillah...

lepas dia amik tu, kami pun menyuarakan permintaan kami nak beli rojak or jeruk sikit sebagai buah tangan untuk kawan-kawan opis dan kat umah sikit...

bagi menjimatkan waktu, die pun bawak la kami ke gerai menjual jeruk berdepan dengan stesyen bas. untuk pengetahuan korang, stesyen bas dan stesyen keretapi kat butterworth ni sangat dekat. jalan kaki pun rasa tak penat.. peluh pun rasa segan nak kuar sebab dekat sangat..itu la perumpamaannya..dengan cuaca masa tu, tak panas, tak sejuk..agin pun tiup malu-malu..so, ok la berjalan-jalan sikit..

ni la stesyen bas kat butterworth tu..di sebelah die, nampak kan landasan keretapi..haaaa..dekat je...gambar ni dari ehsan pak cik google...aku takde kamera atau handphone canggih yang ada kamera..huhuhuu


ok, lepas beli la sikit buah tangan...kami pun bertolak la p cosway sebab nak beli hadiah untuk pengantin...

tapi sebelum tu...disebabkan perut ni dah macam-macam main lagu...kami pun pi la makan dulu..pasal makan ni pun memberi masalah gak...sebab, terlalu banyak choice...

biasa la manusia..tak reti nak bersyukur..bila takde choice, cakap takde choice..bila dah banyak, rambang mata lak..huhuu...last sekali kami pui makan kat kenny rogers...disebabkan aku ni tak pandai sangat makan makanan omputih, jadi hidangan tu tak termasuk dalam list favourite aku..

bila dah perut hepi, kami pun berjalan la...menunaikan hajat yang tertangguh..jumpa la cosway...lepas habis tilik dan memerah otak tentang keberangkalian tentang tahap kegunaan hadiah kitorang tu..kami pun bersepakat untuk beli pemanas air..yang 4.5 liter tu..

hajat hati nak beli multicooker...tapi stok habis..sebab sumer orang dah borong buat hadiah krismas...biasa la..hadiah yang best ni ramai orang minat...so kami beli la water heater tu...

dalam fikiran, mesti senang kawan kami tu nak buat air untuk suami..huhuhu...so, mungkin sangat bermanfaat la..heheheh=)
harap die pun suke ngan hadiah yang kami pilih...

wedding di pulau pinang bhgn 1

weekend aritu..aku ngan kawan aku jalan-jalan p penang..sebenarnya bukan jalan-jalan...
kitorang p kenduri kawen kawan...

yang lainnye...kami naik keretapi...hehehehe..boleh tahan seronok gak...kami sengaja amik tiket keretapi sebab nak merasa naik keretapi jarak jauh..huhuhu..

kebetulan, kawan aku lak tak pernah naik keretapi...jadi sebagai kawan yang sangat kesiankan nasib kawan aku ni..aku pun buat keputusan untuk menemani beliau untuk g penang naik keretapi...

kitorang beli tiket 2 way...senang la..tak payah la nak cari tiket nak balik kl pulak nanti...so, ari sabtu hari tu...kami janji untuk jumpa di kl sentral..yup...sebab kami naik keretapi tu kat kl sentral..huhuhu

untuk rasa lagi cam merantau...kami beli la air konon buat bekal atas keretapi...kitorang pun tunggu la...aku rasa makin resah sebab, masa yang tercatat pada tiket pukul 8:45 pagi..tapi, pukul 9 keretapi tak muncul-muncul gak...

tapi ok la...bukan kami je yang tunggu..ramai...so, aritu...kami bertolak agak lambat...dalam kul 9++ baru bertolak..so sekarang, aku dah faham dengan jadual keretapi..mereka ini akan lambat...

kawan aku yang jadi pengantin tu pun cakap camtu...takpe la, asalkan selamat sampai...

kami sampai butterworth dalam pukul 4:45 petang..boleh tahan lama gak duk dalam keretapi...huhu..sampai aku naik bosan..mula la melilau kat gerabak orang lain..huhuhuhu....

dalam train, ada gak orang yang jual 'jajan', biskut, mee goreng  dan nasi lemak..tapi, tau-tau je la..benda yang terhad ni..harga pun melambung tinggi...oleh sebab lapar..aku bantai mee goreng, dan kawan aku lak makan nasi lemak...

lepas kenyang dan suka hati..kami pun berehat-rehat sambil tengak pokok-pokok yang melambai-lambai di kiri dan kanan kami..huhuhu..

boleh tahan gak ye pokok buah-buahan..yang aku tengok, rambutannye...perghhh...sumer dah masak..merah-merah gitu...

masuk ke negeri perak..aku tengok banyak sawah padi kat kiri kanan landasan train ni...siap ada pesawah tengah tanam anak benih pokok padi...memang banyak la...cantik pun cantik...
jadi aku buat kesimpulan, orang perak suka berbudi pada tanah a.k.a suka bercucuk tanam.

masuk negeri pulau pinang lak..aku tengok..banyak betul reban kat tepi landasan...reban itik, kerbau, lembu, angsa..macam-macam lagi...yang menarik..aku tengok..reban itik..mak aiii..besar giler..beratus ekor gak la..ni mesti buat bisnes ni...
disebabkan pelbagai haiwan dan ternakan yang aku dapat tengok kat tepi landasan ni..aku wat kesimpulan, orang penang suka menternak..hhuhuuhu

bagus-bagus...=)
kesimpulannya, memang best la naik train g penang..korang cube la..
macam-macam jenis seat korang boleh pilih..dari yang ekonomi..hinggga lah yang ada bilik, katil, komputer dan pelbagai lagi..sangat best..=)
KTM memang best=))

macam ni la lebih kurang seat aku hari tu...tapi rasanya besar sikit sebab kelas superior..


Thursday 22 December 2011

aku sedih

hari ni..aku rasa sedih...
tak tau nape...

atau mungkin...

sebab

aku baru tahu...aku dikhianati oleh orang yang aku percaya....
sangat kecewa...sedih...

tak tau ape yang perlu ku buat untuk hilangkan rasa sakit hati di hati ini...

Astaghfirullah.....Ya Allah..ampunkan dosaku...

mimpi semalam

semalam tido...aku mimpi..
En Voltan (V), Cik Arus (I) dan Pak Cik Rintangan (R) datang...


dah macam reunion dah...

Wednesday 21 December 2011

hari oren

arini...hari baju korporat..yeay!
sumer pakai baju oren...
bile ramai2 berkumpul dah cm penjual kt pasar malam kt presint 2...


uniform diorang pn oren..huhuhuhu

Tuesday 20 December 2011

lagi-lagi pasal rokok

assalamualaikum...

hari ni aku ada baca some interesting information about rokok...guess what...someone dari orang industri rokok ni cakap...diorang tak hisap rokok, diorang just jual rokok ni kat orang yang muda, miskin, dan bodoh...huh..
sakit ati bace...

kalau korang nak tau lagi something fakta yang menarik lagi fasal rokok ni...act...bukan menarik..but mengejutkan dan menakutkan...klik sini ye...

hope korang akan sedar...harap..perokok-perokok sekalian akan sedar..betapa mereka itu sungguh kasihan dan menyedihkan...
ok..

cukup..

biaq p diorang bace...

Friday 16 December 2011

cer bace..cer bace..

ini berita dan luhan hati seorang ibu tunggal...saya kongsi untuk diambil sebagai pengajaran...

 ARKIB : 11/12/2011
Lupa kerana kekasih
“MEMANG sukar untuk melahirkan isi hati ini, kerana saya terlalu kecewa, amat sakit hati, lelah, dan terpaksa melalui kehidupan anak-beranak dalam kesempitan.
Sedangkan saya telah berusaha dan bekerja keras membina hidup agar keluar dari kemiskinan. Malangnya ujian yang dilalui merobek segalanya. Hanya Allah yang tahu bila penghujungnya.
“Saya berkahwin lebih 16 tahun sebaik sahaja tamat diploma. Kami datang dari keluarga susah, tetapi ketika belajar dah dapat kekasih rakan sekuliah yang sehati sejiwa.

"Ketika itu dunia terasa begitu indah, ke mana pergi berdua. Ibu dan ayah bimbang, lantas merelakan kami segera kahwin takut kalah godaan nafsu.” Demikian cerita Jamaliah dalam emelnya.
“Memulakan hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur terasa amat sukar. Namun hati bahagia kerana masing-masing saling mencintai dan memahami. Mengusung perut sambil menaiki motosikal Roslizam, suami tercinta pergi bekerja jadi amalan biasa.
“Setelah dapat dua anak dan memikirkan desakan hidup yang mencabar kami ingin membaiki taraf hidup kami bertekad sambung belajar. Disebabkan kami belajar berasingan saya di utara dan Roslizam di selatan maka kami terpaksa hantar anak ke kampung untuk ibu jaga.

"Masa dan wang begitu berharga saat itu. Walau jadual penuh tetapi saya kuatkan kudrat dan semangat pulang bertemu anak di kampung serta Roslizam. Tetapi Roslizam saya lihat rileks, tak balik kampung, sebaliknya sibuk dengan rakan sekuliah dan melayan telefonnya.
“Saya dapati dia mula curang. Kerana saya cepat sedar dia minta maaf dan kami berdamai. Akhirnya kami berdua berjaya menggenggam segulung ijazah. Masa berlalu, masing-masing berada dalam posisi yang lebih baik.

"Anak bertambah empat orang. Tetapi Roslizam semakin sibuk di luar rumah. Dah pandai bergaya dan pulang larut malam. Rupa-rupanya dia buat hal lagi membuatkan kami sering bergaduh. Dia semakin liar, pandai menipu. Lebih teruk dia jadi kedekut tidak mahu berbelanja untuk keluarga.

“Dia sanggup menipu ada urusan luar daerah sedangkan sebenarnya dia ke Perlis, bila pulang saya lihat gambar dia dengan wanita separuh bogel dalam komputer dan telefonnya.

"Untuk lebih pasti saya jumpa resit hotel, restoran dan resit membeli minyak wangi dan pakaian wanita, sedangkan untuk beli makanan anak-anak dia amat berkira.

Rakaman gambar
“Satu malam Roslizam balik lewat dia terus cas telefonnya. Dia sangka saya tidur dan dia terus melayari Internet. Lantas saya buka telefonnya.

"Alangkah terkejutnya bila lihat rakaman gambar dia sedang buat hubungan seks dengan wanita lain. Dan kami gaduh lagi. Nak dijadikan cerita ketika itu saya sedang hamil.

“Sebulan sebelum bersalin Roslizam beritahu dia hendak nikah satu lagi. Tiada langsung rasa simpatinya pada saya yang akan bersalin tak lama lagi.
“Jadual pembedahan terpaksa dipercepatkan kerana tekanan darah meningkat mendadak. Saya ke hospital sendirian dan masuk bilik pembedahan dengan iringan tangisan air mata kerana terasa amat sedih dihina begini.
“Masa berpantang terasa amat sengsara. Saya ditinggalkan bersama anak-anak, dan saya tak boleh bertanya, akibatnya akan dipukul walaupun depan anak.
“Jiran turut simpati dan kerap membantu. Tidak tahan lagi dengan sepak terajangnya saya buat laporan polis. Hinggakan saya jadi terkenal di pejabat polis kerana sering buat aduan.

"Pihak mahkamah menasihatkan saya duduk berasingan kerana ancaman keselamatan. Badan saya tidak terdaya lagi menanggungnya.

“Roslizam tak mahu ceraikan saya, katanya dia bukan bodoh kerana terpaksa kena potong gaji untuk bayar nafkah anak. Saya tahu dia tidak layak berpoligami hanya ego dan nafsu sahaja yang menguasainya.

"Demi keselamatan dan mengubat hati yang parah saya bawa semua lima anak berpindah ke utara tanah air. Roslizam tidak mahu ambil walau seorang pun. Di sini saya memulakan hidup baru dalam keadaan serba kekurangan dan kemiskinan.

"Tak lama kemudian Roslizam cabar saya buat tuntutan fasakh. Proses berjalan hampir dua tahun kerana dia sering lengahkan perbicaraan tidak hadir mahkamah. Saya jadi papa kedana kerana habis wang lantik peguam. Akhirnya dia ceraikan saya kerana nak cepat kahwin.
“Roslizam tidak mahu beri nafkah anaknya seramai lima orang. Saya kesal kerana anak-anak turut hidup susah gara-gara ayah mereka. Adakala mereka memberontak kerana kemahuan tidak dipenuhi.

"Anak lelaki yang bersekolah menengah mula bersikap kurang ajar apabila ditegur. Ini yang membingungkan saya. Saya hanya mampu menangis dan berdoa semoga penderitaan ini segera berakhir.

“Kepada kaum lelaki ingatlah jangan bina istana atas penderitaan orang lain. Jangan lupa daratan dengan sedikit kesenangan yang Allah beri, satu hari nanti Allah akan uji apabila semua kesenangan itu Allah tarik semula.
“Kepada mahkamah syariah tolonglah percepatkan urusan perceraian kerana ia menyusahkan wanita dan anak-anaknya. Saya mohon jadikanlah undang-undang, setiap lelaki yang hendak ceraikan isterinya atau berkahwin lagi tolong buat potongan gaji untuk nafkah anak-anak.
“Selesaikan segera pembahagian harta sepencarian. Tak perlu tunggu peguam, sebab yang kaya adalah peguam yang menderita adalah wanita yang diceraikan yang bergelar ibu tunggal."
Itu luahan hati Jamaliah yang hidupnya amat terseksa kerana tidak mendapat nafkah dari bekas suaminya dan diseksa fizikal dan psikologinya.



pada pendapat saya, saya bersetuju dengan pandangan dan permohonan Jamaliah...Ibu tunggal yang terpaksa bersusah payah untuk menggaji seorang peguam semata-mata untuk menuntut fasakh dari suaminya. Mungkin Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau Kementerian yang terbabit boleh menjadikan kisah ini satu inisiatif untuk mewujudkan undang-undang bagi memperjuagkan hak bagi ibu-ibu tunggal yang senasib seperti Jamaliah.

Perjuangkan hak mereka..wujudkan undang-undang yang mana adanya undang-undang pemotongan gaji bagi diperuntukkan untuk nafkah anak-anak. Jika pemotongan gaji untuk pinjaman PTPTN dan sebagainya boleh diwujudkan, tidak mustahil pemotongan gaji untuk pembayaran nafkah anak-anak boleh diwujudkan.

Mungkin kedengarannya agak mustahil..Tetapi, jika dilihat dari sudut positif, perkara ini menjadi lebih mudah jika semua pihak berganding bahu untuk mewujudkan hal ini..

Memang benar Jamaliah boleh memfailkan tuntutan nafkah anak-anak di mahkamah, akan tetapi...tidakkah hal ini akan memakan kos yang besar...jadi, bagi ibu tunggal yang dalam kesempitan hidup seperti Jamaliah, hal ini amatlah membebankan beliau...

diharap, ada pihak yang boleh tampil untuk membantu golongan seperti Jamaliah dengan mewujudkan undang-undang sedemikian...itu pendapat aku la....

Thursday 15 December 2011

hidayah..

tadi aku ada baca tentang kisah hidup seorang jutawan ni...meremang bulu roma bila baca...

tentang kisah hidup pengasas produk sendayu tinggi...bagaimana kisah dia, macam mana dia boleh berubah, dan impian dia...
kalau berminat, boleh klik sini...

moga apa yang saya kongsi akan memberi manfaat kepada sumer...yang paling penting..ia dikira sebagai amalan...insyaAllah...

fikir positif..

orang selalu kata...pape pun buat..kena fikir positif..
atau think positive..


ye..kalau fikir positif..insyaAllah apa yang kita buat mudah...=)

kawan-kawan aku pun selalu cakap..
kena fikir positif..jangan buruk sangka..nanti aura negatif tu datang kat kita balik...

memang betul pun..ini ada dalam banyak kajian...yang kata, orang yang berfikiran positif mampu meng'handle' stres lebih baik berbanding orang yang mempunyai fikiran negatif. Selain tu, pernah tak korang rasa cam tak suka atau tak best nak dekat dengan seseorang? ini adalah kerana orang tu memancar aura negatif dia. Jadi, kita rasa tak best nak dekat...

itu apa yang aku baca la..just sebagai perkongsian..tapi kan..bagi aku..fikir positif pun kena la bertempat kan..

kalau situasi kat bawah ni, aku rasa dah tak boleh nak fikir positif dah..dah memang tak selamat..huhuhuhu..

Tuesday 13 December 2011

nasi ambang yang sedap

tadi tengahari..
kawan-kawan ajak aku pi makan tengahari kat satu port baik punyer..area presint 14..
kedai tu bukannya kedai la..tapi actually gerai jual keropok dan goreng pisang...ada orang tinggal bungkusan nasi ambang kat situ...

harga memang mahal..rm5..tapi pakej lengkap la...sumer ada..ngan sedap agi..tak payah cakap la...

sebelah gerai tu, ade gerai len, jual char kuew tiau dan di belakangya ada kedai makan...

even gerai kecik, tapi kat situ sentiasa penuh...sebab sedap..heheheh
biasa la ..benda sedap ni orang tak kisah sangat walau mahal..
sebab berbaloi...hehehhe..

tak menyesal ikut tadi....



ni la tempatnya...gambar ni aku amik dari tenet je...nanti bila aku pi lagi, aku snap btol-btol ye..tadi best sangat makan..sampai lupa nak snap gambar..heheheh...

Disember 2011

pejam celik..pejam celik...
dah bulan 12...dalam beberapa hari lagi tahun baru...2012..
pada bulan ni..macam-macam jadi...

kawanku bersalin...kawanku bertunang..kawanku kawin...biase la hujung tahun...
bila sebut pasal majlis kawin ni...
baru-baru ni...aku ada ikut kakak ngan abang ipar aku pi majlis orang kawin..huhu...
sebenarnya majlis bersanding...

diorang wat kat dewan...banyak bajet diorang...biasa la..majlis-majlis camni...sekali seumur hidup..insyaAllah...
dan biasanya ikut kemampuan...dan tempat yang aku pi ni bukan calang-calang gak la...orangnya agak senang dan berada..jadi majlisnya besar...kebetulannya pengantin adalah anak kepada salah seorang orang besar kerajaan, jadi menteri pun ada datang di majlis diorang..bertuah punya badan..heheheh
rezeki orang..rezeki kita, kita tak tau...

ok, berbalik pada majlis tu...kami sampai awal disebabkan abang ipar aku ni antara orang kuat majlis tu..so, kena la datang awal..sementara nak tunggu orang penuh dewan tu...aku sempat gak la klik-klik beberapa gambar kat dewan tu...majlis berlangsung cam biasa la...tapi apa yang aku kagum...

semasa kitorang makan...diorang ada buat video..tentang macam mana mempelai ni kenal...aku kagum bila tengok video tu...diorang just kenal 6 bulan je...then terus decide jumpe family masing-masing, then kawin...jodoh kan..
kita tak boleh nak duga...kadang-kadang..kita tengok, orang bercinta bertahun-tahun..sampai ada sampai 1 dekad, tapi mungkindah takde jodoh...tapi ada gak yang berakhir ke jenjang pelamin...contohnya kawan aku..bercinta lebih satu dekad..sekarang alhamdulillah dah kawin dan tengah tunggu kehadiran orang ketiga dalam family kecik diorang..=))

so, semuanya ketentuan..kita hanya mampu merancang, berusaha dan bertawakal..

turn kita, kita tak tau la camne ye..mudah-mudahan di permudahkan Allah...InsyaAllah...

Thursday 17 November 2011

baju korporat atau keparat..huhuhu

minggu lepas kami dah dapat baju korporat untuk dipakai setiap ari rabu...
so, semalam..ramai la yang pakai baju korporat tu...

tapi, biasa la..rojak...ada yang pakai ngan skirt (yang ni of course untuk perempuan..jangan imagine bukan-bukan ok...), ada yang pakai ngan seluar..then seluar lak, ada yang pakai seluar kelabu, then ada yang pakai seluar hitam...

biasa la..kalau tak setting siap-siap...sure jadi rojak..huhuhu...tudung pun satu hal..ade yang oren, ade yang kelabu..ade yang hitam..hhuhuhuu

by the way...lupa lak nak kasi tau..baju korporat kitorang warna oren terang dan ada line kelabu sikit...
aku amik langkah selamat...semalam aku tak pakai pun lagi baju tu...huhuhu...

lepas dah jadi camtu, baru la..sumer pakat beli skirt kelabu kat tempat yang sama..untuk bagi sama..hihihi...
nasib baik aku tak sempat beli skirt kelabu yang aku nampak kat pasar malam itu hari..
hehehe...

kawan-kawanku panggil baju tu baju keparat...tak tau nape entah..mungkin sebab diorang banyak habiskan duit untuk kasi matching kot...huhuhuh....

minggu depan, sure ramai yang pakai dan semua nampak selaras je...
tapi aku takde..balik kampung..
hehehe..minggu depan audit kat opis ni..tak tau la ape citer sebab semua pegawai takde..huhuhu
takpe..nanti aku share ye ape yang jadi...hihi

Tuesday 8 November 2011

dah lame dah..

rupenye..dah lebih sebulan cek x update story kat sini...
kebelakangan ni agak sibuk...


baru-baru ni..raya aji...saya seperti biasa...balik ke kelantan..beraya di kampung...
apa yang lain...raya aji kali ni..kami beraya tanpa orang tua..huhuhu
mama ke mekah..mengerjakan ibadah haji..
semoga mama mendapat haji yang mabrur...insyaAllah...
walaupun mama takde..tapi along sedaya upaya taknak bagi kami rase mama takde..heheh
for the first time buat nasi dagang sendiri..biasenye mesti dengan bimbingan mama...ok la...jadi gak..heheheh...
gulai plak..bak kate awoh..(abangku)..ayam percik..huhuhu..semuanya sebab agak pekat...
tapi sedap gak..heheheh...(puji diri sendiri)

pada pagi raya..kami ke masjid agak lewat dari biase...biase ngan mama, kami kat saf paling depan...tapi takpe...sekurang-kurangnya...ape yang mama buat..kami tetap buat....itu kata along..kata pujukan along...
takpe...dah tak lame dah..kami semua rindukan mama...

mama akan balik 21hb 11 ni...tak sabar nak tunggu...

by the way...masa kami balik ke kelantan aritu...jem teruk dari biase...makin ramai warga kelantan nampaknye..heheheh...kadang-kadang bangga gak jadi orang kelantan ni...
bukan kadang-kadang..tapi selalu gak la..hehehhe..

mase balik aritu kami bertolak pukul 2:30 pagi...jem teruk sebelum sampai karak lagi...kat bentong pun jem..nak dijadikan cerita...kereta abang ipar terlanggar kereta depan..huhu...cian..tercabut bumper depan...
so abang ipar ngan uteh terpaksa patah balik ke putrajaya...

along and myself terus berhenti kat masjid bentong..lelap mata jap...tak nak pisang berbuah dua kali...
itu la perjalanan yang paling panjang...dekat 16jam gak la...sebab kami banyak berhenti...mengantuk..itu jawapan along tiap kali kami berhenti..tapi betul la...bahaya memandu ketika mengantuk...
cian along...

k la...nak sambung buat keje...=)
dapat release tension sikit bila menaip kat blog...
assalamualaikum...

Thursday 29 September 2011

terkadang ku rasa ingin menangis..
tetapi..
gagal mencari asbab musababnya...

terkadang ku rasa ingin menulis...
tetapi..
gagal menemui intipatinya...

terkadang ku ingin mereka sesuatu...
tetapi..
fikiran ini sukar mencari sudut kreatifnya...

terkadang ku ingin melalut...
dan...
hari ini...aku berjaya...
wawawawawa....

Monday 26 September 2011

suatu pagi yang sibuk...3

heheheh...
yeay!!!!
ari ni..ari kedua saya bawak kete ke opis...alhamdulillah..enjin tak mati...mengaum je...wakakakka..

takpe..takpe..practise make perfect...
cayo' cayo'...^_^
by the way...
mama saya nak pergi mekah 6hb10..semoga mama mendapat haji mabrur...insyaAllah...

saya pernah dengar, kirim doa untuk dibaca di depan kaabah..
kawan-kawan saya sibuk kirim doa permudah jodoh..huhuhuh...
nak tergelak pun ada..tapi saya senyum je..hihihi...
takpe,kalau dah jodoh tak ke mana...ye dak??
^_^"

Tuesday 20 September 2011

suatu pagi yang sibuk...2

pagi tadi...1st time saya drive ke opis...
gelabah mak datuk...Allah saja yang tahu...

yang paling memalukan..bile enjin mati kt traffic light..wawa,...
tapi, nasib baik saya mantain cool..huhuhuhu

nak balik jap lagi..pe la citer dia ye...
takpe..esok saya kongsi kat sini...
insyaAllah...=)

Thursday 15 September 2011

suatu pagi yang sibuk...

pagi ni..dek kerana tak membeli sekarang...saya sudah kehabisan stok duit syiling..maklum la...setiap hari, saya mesti akan gunakan sekurang-kurangnya RM1 syiling untuk pergi dan balik kerja...

nak dijadikan cerita...pagi ni, syiling saya sudah habis...kat putrajaya ni, naik bas nadi putra tambang 50sen je.. jimat..sangat jimat...kawan-kawan saya selalu cakap..saya ni untung..duduk dekat ngan ofis, naik bas..boleh jimat dan tak payah susah nak cari parking...maklumla, kat tempat keje saya, parking amatlah susah..kalau nak dapatkan parking yang best, kena datang awal pagi...huhuhuhu..tak sanggup den...

ok,sambung citer...

syiling saya pun habis..bas nadi putra ni, walaupun tambang 50sen je....tapi, kalau kita letak RM1 pun, dia takkan bagi duit baki...diorang akan bagi dua tiket..watpe la saya nak dua tiket...lain la kalau saya ni berdua..ye dak??hihihi..

ok melalut lagi...sambung citer..

bila saya sampai kat bus stop...saya nampak ada dua orang budak sekolah...sorang budak perempuan sekolah rendah dan sorang lagi budak perempuan sekolah menengah...yang sekolah rendah tu dalam linkungan darjah 2 atau 3..yang sekolah menengah tu, dalam tingkatan 1 atau 2...jadi saya pun duduk la di antara budak-budak tu...dengan muka yang habis manis dan suara yang lembut....saya pun bertanya...

saya::adik...adik ada tak tukar syiling?
budak sekolah rendah::ada..
saya::boleh tak akak nak tukar RM1?
budak sekolah rendah::RM1?takde..sambil geleng-geleng kepala..

saya dalam hati...aduhai adik...akak nak tukar syiling..minimum mesti la RM1...kalau kurang dari RM1, maknanya...akak ada la syiling..huhuhu...takpe la..adik ni mesti tengah confius ni..hihihhi..ada kakak manis tegur dia pagi-pagi..hihihii

saya pun beralih kepada seorang budak lagi..

saya::adik, adik ada tak tukar syiling?
budak sekolah menengah::takde

selepas jawab, budak tu terus bangun dari kerusi dia...huuhuu....nape ye..mungkin mak dia pesan, jangan cakap dengan orang yang tak dikenali...bagus budak ni...(ayat nak sedapkan hati..)

tengah saya duk tunggu bas tadi..tetiba...

budak sekolah rendah::mak cik...ni syiling...sambil menghulurkan syiling 50sen...

WHAT???MAK CIK??

nampak tua sangat ke saya ni...i'm only 25 years old..itu pun baru je masuk 25...waaaaaaaa

tapi...takde la saya marah budak tu..huhuhu..saya dengan muka yang still manis..takpe la dik..akak nak tukar RM1....sambil senyum...

mungkin disebabkan kerja-kerja yang semakin bertambah...dan susah...muka saya dah nampak tua kot...waaaaa...takpe-takpe...balik ni nak wat facial...huhuhuhu

Friday 9 September 2011

Jangan ditangisi apa yang bukan milikmu

Seringkali kita menangi, kecewa, frust dan bermacam perasaan sedih timbul jika apa yang kita inginkan..apa yang kita mahukan dan apa yang kita dambakan tidak tercapai..

Dan sering kali juga kita akan menyesali apa yang telah terjadi..akan ada terdetik di dalam hati, kita akan berkata begini...

"Kalau aku buat begini, mesti tak jadi begini" atau "kalau aku tak buat, mesti aku tak jadi camni" dan bermacam-macam lagi ayat yang berupa sesalan...

Tidakkah kita fikir..apa yang kita sesalkan itu salah...hanya disebabkan perkataan "kalau" itu menunjukkan kita tida redha dengan apa yang DIA tentukan untuk kita...hanya kerana satu perkataan itu boleh menunjukkan kita tidak percaya dengan apa yang dia tetapkan untuk diri kita, itu menunjukkan kita tidak bersyukur...

Saya akui, saya juga pernah dan acap kali juga mengeluarkan perkataan "kalau" itu, tapi bila kita sedar...kita akan beristighfar...betapa lemahnya iman kita..betapa Syaitan itu selalu menghasut dan menggoda diri kita..
Jika lalai, kita kan terus sesat...

Saya juga sentiasa ingatkan diri saya bahawa apa yang ALLAH tentukan adalah yang terbaik untuk diri saya. Apa yang saya inginkan, tidak dianugerahi kepada saya kerana ia bukanlah yang terbaik untuk saya. Allah tetapkan apa yang terbaik untuk saya..Saya hanya perlu sabar dan berusaha selain bertawakal...

Tidak perlu ditangisi apa yang bukan milikmu. Hadapilah hidup dengan lebih gembira. Hargailah apa yang kita ada. Itu tandanya kita bersyukur. Jika anda masih lagi sedih, hayati ayat dari kalam Allah di bawah. Semoga anda akan lebih tenang...


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)


Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Hadapi hidup dengan senyuman. Senyuman pengubat hati yang luka. InsyaAllah...

Thursday 25 August 2011

semuanya berpunca dari dia

from my point of view...
almost problem is come from smoking..

do you know why??

you got cancer...because your smoking habit..

you have financial problem....because of you can't miss the opportunity to buy the cigarette...you poor, but you MUST buy the cigarette because of you already addicted to it.

your child have asthma and also have been birth earlier than it should be...because your wife got exposed by second hand smoke from your smoking habit..

your family...and surrounding got diseases...because of the exposure of smoke from the cigarette...

and many more...all because of CIGARETTE...

BUT...

not everyone can see that...do you know...we got tax payment from the tobacco industry approximately 3 billion...

you must be really think that it's a lot of money..isn't it...

BUT..

do you know...the cost that used to the treatment for ONLY 3 diseases that caused by tobacco...is also 3 billion...but it's only 3 diseases...what about the other diseases that Malaysian got because of the smoking habit???

it's just a waste to the country...so sad...that's so much waste on the treatment because of your stupidity...
why not we go to the source...stop smoking...and if we can do that...i am pretty sure...completely sure..that we can use the money that we earn to the other beneficial things...

that's just my opinion...and in my point of view...
i only can advise..but the decision is in your hand...

hopefully you can start to quit by this second..think for your family, surrounding and to our beloved country...MALAYSIA...

salam ramadhan and selamat hari raya aidilfitri...

Monday 22 August 2011

soalan kenalanku...

hari ni...ada kenalan ku tanye...
"salah ke kalau saya nak kawin 4?"

jawapan saya...memang tak salah...tapi semuanya bergantung kepada si suami...
si suami yakin ke dapat berlaku adil...kalau setakat mampu..saya yakin...orang yang kawin ramai ni mesti yang jenis duit dah tak tau nak simpan katne...maksudnya..semuanya jenis yang berkemampuan...

tapi...yakin ke anda dapat berlaku adil kepada semua isteri-isteri anda...
saye bukan tidak menyokong poligami...tapi adil itu penting...
jbibir memang menguntum senyum..tapi, hati kita tak tau...

sejauh mana wanita sanggup dimadu...

mungkin ada kes yang wanita itu sendiri yang tolong meminang bakal madunya...memang ada kes yang macam tu...
tetapi...hati manusia..kita tak tahu...memang waktu dia rela dan hepi..tapi...sedikit sebanyak mesti ada rase terkilan dan jauh hati bila suami memilih untuk menghadiahkan madu untuk diri...


ni semua pendapat saya..hanya menzahirkan pendapat dan pandangan saya...tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia...huhuhuhu




p/s:ntah pape entri kali ni..huhuhuhu

Friday 19 August 2011

mengapa dirindu


Anak punai anak merbah 
Terbang turun buat sarang 
Anak sungai pun berubah 
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang
Asal kapas jadi benang 
Dari benang dibuat baju 
Barang lepas jangan kenang 
Sudah jadi orang baru 
Mengapa dirindu
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi 
Kasih yang baru simpan di hati 
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi 
Kasih yang baru simpan di hati
Selat teduh lautan tenang 
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang 
Walau hati rasa pedih 
Mengapa bersedih
Kalau pinang masih muda 
Rasanya kelat sudahlah pasti 
Kalau hilang kasih lama 
Cari lain untuk ganti 
Mengapa dinanti
Patah 'kan tumbuh hilang berganti 
Akan sembuh kalau diubati 
Patah 'kan tumbuh hilang berganti 
Akan sembuh kalau diubati
Sayang mengapa dirindu


p/s::suke sangat-sangat lagu puitis camni..^_^

Wednesday 17 August 2011

anak ramadhan...

aku biasa dengar anak bulan..anak merdeka..anak tahun baru...

so kali ni aku nak menulis pasal anak ramadhan...
sempena bulan yang mulia ni...ramai kenalan aku yang melahirkan anak dalam bulan ramadhan...

alhamdulillah...melahirkan anak pada bulan yang mulia ini...
ramai yang cakap..banyak kelebihannya...

ape yang aku bace...kelebihan baby ni adalah..dia seorang yang merendah diri...dan tidak angkuh..

tapi..of course la..ibu bapa pun kena didik dia dengan sebaiknya...terapkan ilmu agama yang secukupnya...

bukan senang nak bela anak pada zaman sekarang...bila tengok keadan sosial sekarang..aku pun takut...cuma akau syukur sebab ma dan abah aku didik aku dengan sempurna...alhamdulillah...

untuk mereka yang akan lahirkan baby nanti..atau dah pun selamat lahirkan...tahniah aku ucapkan...jadi, tanggungjawab dah makin besar...tanggungjawab nak mendidik dan mencorakkan kaler pada kain putih tu besar tu..

silap corak nanti..kaler jadi tak cantik...huhuhu...yang penting kene alert dengan keadaan semasa sekarang..
ok la..semoga anak kalian menjadi anak yang soleh dan solehah...Amin..

p/s:selamat berpuasa sumer...aku sekarang tengah menghitung hari untuk balik bercuti...lalalalal~

Monday 1 August 2011

ramadhan datang lagi

alhamdulillah...
selamat berpuasa sumer...
semoga ibadah kite diterimaNya..
insyaAllah...

Friday 22 July 2011

inside of me

aku hampir sesat....
Ya Allah bimbinglah hatiku...
aku lemah tanpa bimbinganMU...
hadirkanlah teman-teman yang menunjukkan ku ke jalan MU....
aku tidak mahu pergi dalam keadaan sesat...

Monday 18 July 2011

benda-benda yang bleh wat kite ilang stress jap

kalau rase stress, dan perlukan rehat jap..
klik la link ni...

boleh la wat ilang stress jap sebelum stress balik..heheheh

enjoy~~

Monday 11 July 2011

ikhlas

tadi aku de bace salah satu blog kegemaranku...
then, terjumpe la nukilan ni...sangat menyayat ati..

jika korang nak wat tabungan untuk simpanan korang kat sane, korang boleh la bace nukilan ni...klik sini ya...
tak salah jika kita membantu...walaupun sedikit...

insyaAllah, ikhlas walaupun sedikit kan dikira di dunia sana...insyaAllah...

jahat

Arini agak bad mood…


 

sekian

Wednesday 6 July 2011

Bahan tontonan mempengaruhi hidup kita

Artikel yang saya bace ari ni…jikalau korang ada penyakit cam tekanan darah tinggi atau obesity ke…korang boleh turunkan tekanan darah korang dengan menonton tv…heheheh..percaya tak?

Sebenarnya, menonton cerita-cerita tentang kejayaan seseorang dalam melawan penyakit yang sama boleh mempengaruhi minda kita, mengikut kajian...ia juga sebagai terapi semangat untuk kita berjuang dalam menjalani kehidupan yang sihat..

Ni semua yang artikel tu tulis la…kalu dia tipu, maknanya saya pun tipu…hehehhe

Tapi, saya yakin, semangat itu penting dalam melawan apa jua penyakit termasuk kanser sekalipun…saya tau, anda pun setuju dengan saya…

Sometimes, saya ada gak nak tulis tentang kisah hidup saya yang lampau..tapi tak berkesempatan..panjang sangat,…hihihihi…ini la dulu yang termampu…^_^"

Ok,nk sambung wat keje dah…tata

Monday 4 July 2011

Tidur::jangan lebih..jangan kurang..

Assalamualaikum…dah lama saya tak menulis…agak sibuk sekarang..tapi, baru-baru ni, saya ada terbaca satu artikel mengenai tidur.

Sebelum ni, saya hanya tahu, tak boleh tidur kurang dari 6 jam..tapi, tak pernah terlintas di fikiran saya jika terlebih tidur pun boleh menjejaskan fungsi otak!!!!


 

Huhu…takut bila baca..apa yang say abaca,penyelidik dari Britist telah membuat penyelidikan…golongan usia pertengahan…iaitu termasuk saya juga…jika tidur kurang dari 6 jam atau tidur lebih dari 8 jam mungkin mengalami penurunan fungsi otak.


 

Maksudnya…otak kita akan akan jadi tua lebih cepat iaitu dalam 4 atau 6 tahun dari usia sebenar…nauzubillah…


 

Bukan tu je, corak tidur yang terlalu pendek atau terlalu panjang boleh hasilkan hormon dan bahan kimia yang boleh mendedahkan kita kepada risiko penyakit obesiti, penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan juga diabetes…


 

So, begitu bahaya sebenarnya terlebih tidur ni…huhuhu…jadi, buat sesiapa yang selalu terlebih tidur tu…kurang-kurangkan ye…jangan nanti umur belum tua..tapi fungsi otak kita dah tua…nanti ada la masalah nyanyuk sumer..huhuhu


 

Sekian…harap nukilan ni boleh memberikan kebaikan kepada pembaca…insyaAllah..

Wednesday 22 June 2011

minggu bizi

minggu ni minggu yang sangat bizi untuk aku..
sebab bizi, tak boleh nak taip panjang-panjang..
banyak nak citer..tapi nanti la...

tapi seronok bile bizi..
bizi ngan keje ok..
bukan ngan bende lain

ok..tata ^_^

Wednesday 15 June 2011

coba-coba

hik hik hik

dugaan

semalam...heboh satu kompleks E bergegar...ade gempa bumi...
aku tak rase..tapi ade kawan-kawan yang dapat rasa gegaran tu...
masa tu aku kena hadiri perhimpunan kat tingkat 8..
jadi bayangkan la...bila ada pengumuman yang bagitau..

"ada gempa bumi,sila jangan panik..sila turun ikut tangga dengan perlahan-lahan"

adoi..nak tergelak pun ada..pada pendapat aku,pasal gempa bumi or gegaran ,announcer tak perlu nak bagitau..itu boleh menimbulkan panik...hihihi

just bagitau ada kecemasan,sila turun ikut tangga ke..ape ke...tapi yang pasti..pasal gempa bumi atau gegaran..tak perlu mention kot..huhuhu

so,kitorang kat perhimpunan ni pun turun la ramai-ramai ikut tangga...
dari tingkat 8...diulangi...dari tingkat 8...huhuhu

habis lemak yang ku ternak selama ni..huhuhuhu

kecoh gak la masa tu...kawan-kawan aku yang kat blok, sumer pakat call n sms...nk tanya aku ok or tak...baik kan depa..sangat ambil berat...

lame gak kitorang dok kat luar...mase tengah menunggu tu, tetibe ujan...huhuhu...dugaan...
so,kitorang pun berlari la masuk anjung...untuk sesiapa yang tak tau, anjung ni satu bangunan..dalam tu ada bank,kedai makan, kedai tenaga, watson dan macam-macam lagi..untuk lebih detail, boleh klik sini

so berlari la kitorang masuk anjung...lebih kurang 15 minit kitorang kat anjung, baru la kitorang dibenarkan masuk ke opis...terpaksa la redah dalam hujan...

dan hasilnya...aku selsema ari ni..huhuhu

dugaan...
takpe...sakit ni orang cakap sebagai penghapus dosa-dosa kecil...
sakit sikit je...takpe...huhuhu

jap lagi kene pi beli tisu banyak-banyak ni..tak selesa betul..

Thursday 9 June 2011

melaka sudah...negeri lain...coming soon...^_^

baru-baru ni, Menteri Kesihatan ada umukan lima kawasan sebagai kawasan larangan merokok di Melaka...
ramai yang menyambut baik langkah murni kerajaan, tetapi ada juga suara minoriti yang tidak bersetuju..

bagi aku, ini la salah satu langkah untuk berhenti merokok bagi korang yang merokok..mungkin mereka ni nak berhenti, tapi hanya belum bersedia...mungkin bila dah susah nak merokok, baru mereka akan fikir untuk berhenti...insyaAllah...

dalam banyak-banyak paper yang aku baca, ada satu paper ni yang menyuarakan bantahan pasal hasrat murni kerajaan ni...tapi, apa yang disuarakan tu, atau lebih specific lagi..ape yang di complain tu salah...

dia cakap kerajaan cam buli sesetengah individu bila melarang mereka merokok di rumah sendiri dan juga di pejabat.
aku agak tergelak bila bace statement tu..
dah terang-terang dalam ucapan Menteri,"Tindakan ini meliputi kawasan dalam bangunan dan Jonker Street serta             Jalan Kota yang merupakan kawasan tumpuan pelancong, namun ia tidak   termasuk tempat persendirian”

diulangi..tidak termasuk tempat persendirian...

jadi..kalau ada individu nak merokok di rumah, itu terpulang...

di pejabat juga, pihak kerajaan ada menyediakan pemudahan...bagi muka untuk golongan merokok...
kalau pihak pengurusan nak adakan bilik merokok, pihak kerajaan akan pi pantau dan tengok bilik merokok tu samada ia mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan...

jadi, bukan menidakkan golongan minoriti, pada pendapat aku, sebagai golongan yang tak merokok..
aku nak hirup udara yang segar...bahaya tau asap rokok...aku tak nak jadi perokok pasif...
s
tak boleh nak salahkan orang yang merokok gak, mereka ni dah terjebak. bila dah terjebak amat-amat susah nak berhenti sebab nikotin yang ada dalam rokok boleh menyebabkan ketagih...

tadi aku ada baca paper dari singapura, ada sorang ni yang berjaya berhenti merokok walaupun dah berpuluh-puluh tahun dia merokok..
jadi kepada sesape yang bercadang untuk berhenti merokok, korang boleh baca pengalaman dia...
klik kat sini ye...

p/s: ini semua pendapat saya...takde kaitan dengan mereka yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia...huhuhuhu

Monday 6 June 2011

hari ini hari isnin

hari ini hari isnin..
aku rasa sangat-sangat penat dan mengantuk sebab badan tak cukup rehat...semalam baru je balik dari melaka...harap sangat hari ni hari ahad...i wish i has another 1 day left to rest at home...

hari ini hari isnin...
dan aku masih membuat keje baca-baca dan taip-taip...mungkin disebabkan itu, mata aku ni rasa cam ade orang letak magnet S dan U...nak suruh aku pejam...ngantoknyer....

hari ni hari isnin...
ramai yang amik cuti sempena cuti sekolah...so opis ni rasa sunyi daripada biasa...

hari ni hari isnin..
mama,adik,abang,kakak n abang iparku pi pahang...daftar adik aku masuk matrikulasi hari ni...good luck adik...sori angah tak boleh ikut sama...good luck blaja nanti...angah yakin adik boleh...^_^

hari ini hari isnin..
dan seperti hari isnin yang lain...aku akan menunggu tibanya hari jumaat...hihihihi


p/s:nukilan di saat mengantok...inilah ubat mengantokku kalau aku kat opis...aku akan tulis blog sikit atau baca nukilan dari blogger yang lain...
ok la..mata dah segar sikit...nak sambung buat keje...adios...*_^

Thursday 2 June 2011

kiamat-kiamat kecil dan tanda-tanda kiamat besar

sungguh....
aku gerun tiap kali membaca tanda-tanda kiamat...
kebanyakannya sudah wujud di dunia ni..
apa yang ku tahu...manusia yang hidup pada hari kiamat adalah seburuk-buruk manusia...
aku takut...aku risau....
aku tidak mahu hidup pada saat manusia bertempiaran kerana menyedari matahari telah terbit di tempat tenggelamnya...
aku takut...aku risau...
aku tidak mahu hidup di saat itu...
Ya Allah...janganlah KAU palingkan hatiku setelah KAU beri hidayah kepdaku...
Ya Allah..bimbinglah hatiku...
aku lemah...sering kali alpa...sering kali lalai...

di sini..ingin ku kongsi...satu peringatan bersama kalian yang membaca coretanku...
semoga kita semua dilindungiNYA dan tidak tergolong di kalangan orang-orang yang sesat...insyaAllah...

sila klik sini jika ingin membaca tanda-tanda kiamat...

Monday 30 May 2011

Erti Lelaki Sejati - Satu Tanda Aras | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Erti Lelaki Sejati - Satu Tanda Aras | iluvislam.com + discover the beauty of islam

update::artikel ni aku bace kat iluvislam.com...korang bace la...semoga kite sumer dapat sedikit ilmu dan pengajaran..

tanpa tajuk

pernah tak teringin nak try melancong ke angkasa?lawat planet-planet lain ke..huhuhu
jalan-jalan..adakan silaturrahim ngan alien ke..
tapi..wujud ke alien...huhuhuhu...
dalam citer, macam-macam bentuk alien yang ade dalm imaginasi..
kalau korang la...
korang suke alien yang bentuk camne ye?
macam kite ke?
huhuhu...


p/s:aku bosan amat

Thursday 26 May 2011

bila nak sambung study??

bila nak sambung study?
tu la soalan yang selalu kawan aku tanya bila kitorang jumpa...
rata-rata, ramai kawan aku yang sambung study dan punya planning ke arah itu..

aku lak tak tau la..kalau ikutkan, macam dah tak nak sambung blaja...sekarang lebih tumpu kepada cari keje tetap...lagipun otak aku ni rasanya dah tak mampu kot untuk sambung study...kot la...huhuhu

tapi bila dengar planning kawan-kawan n tak lupa cerita kawan-kawan tentang sambung study ni, hati aku ni menggeletik gak nak sambung study..wawawawa...

agak-agak, kalau aku sambung study, aku nak stay ngan kos yang sama ke...
kadang-kadang dilema gak...

tapi, kalau bukan kos yang sama, aku nak amik kos apa ye?

aku ingat lagi..dulu mase kitorang blaja..kawan-kawan aku selalu tanya..bila dah habis blaja, aku nak jadi apa...
then, jawapan aku mesti 'nak jadi kerani'

lepas tu mesti diorang ngomel..'laaa...habis tu blaja tinggi-tinggi nape? sayang la...'

entah la...bagi aku..aku suka tengok orang yang jadi kerani ni..keje diorang sangat cekap...
susun itu, susun ini...tambah-tambah kerani yang kat unit aku keje ni..kerani dua orang je..tapi pegawai 7 orang...itu ok la..tapi, kerani yang sorang lagi tu cuti bersalin..so, tinggal la sorang je kerani yang kene wat keje untuk 7 orang pegawai...

tapi aku respect sangat-sangat...dia sangat cekap...huhuhuu...

eh..jap...

aku nak cerita pasal sambung study td kan???lari topik lak..hihihihi..

ok..ok...
kalau aku sambung study,aku mungkin tukar sikit kot bidang...
dulu, sebelum aku masuk U...cita-cita aku nak jadi doktor atau jururawat tau...
tapi alih-alih...aku blaja kejuruteraan elektrik..huhuhu...sangat-sangat jauh lari bidang..
sebab tu aku sekarang cam hilang arah tuju tau..sebab cita-cita masa kecik dah ilang..huhuhu

tapi...bak kata orang..aku tak tau sape yang cakap..tapi aku pernah dengar la ayat ni..'just go with the flow'
hihihi...so, aku sekarang ikut arus je...bila aku dah jumpa apa yang aku suka wat..insyaAllah aku akan stay dan berkhidmat btul-betul...huhuhuhuhu

k la...cam panjang lak entri kali ni...dah dekat kul 5..
nak siap-siap pulang...hoooreeeyyy...

tata

salam ^_^

cara untuk hilangkan tekanan...




sangat efektif ...

boleh cube...semestinye anda akn rase segar dan tidak mengantok..hahahhaah

senaman kat opis...

klik sini

penyejuk mate dan penenang hati

subhanallah..itu ayat pertama yang ku ucapkan tatkala melihat gambar-gambar di dalam salah satu blog...

sangat-sangat cantik...indah sungguh ciptaan ALLAH...

jika anda berminat, sila klik sini

^_^

Wednesday 25 May 2011

motivation today

kat tempat keje aku..especially unit aku..ari jumaat, kalau ade kelapangan...kitorang mesti adakan sesi motivasi..kami namakan 'motivation today'..

bakal pembentang atau pemberi motivasi akan baca sebuah buku motivasi...dan ari jumaat yang terpilih, pembentang atau aku panggil 'orang tukang terang' yang akan terangkan pasal buku motivasi yang dia baca...

kami akan wat 'motivation today' ni setiap petang jumaat di mana semua orang dalam mood nak balik dah..huhuhu
jadi, adanya sesi ni sedikit sebanyak membantu gak la orang yang dah malas wat keje daripada dok saja-saja depan pc..(especially aku..huhuhu)...

sebelum ni aku tak sabar-sabar nak tunggu ari jumaat...ye la...ari sabtu kan cuti..tambah-tambah, ari jumaat dah rasa malas nak keje..huhuhuh

tapi kenape minggu ni aku tak nak ada ari jumaat..

kenapa ye?
huhu...
baru ingat..minggu ni aku lak yang akan jadi 'orang tukang terang'
waaa...camno den nak terangkan kalau den sendiri gelap tanpa bersuluh ni...
nak buek camno ni??

waaa.....buku tak habis bace lagi..ari ni dah rabu...
kita tengok la ape jadi ari jumaat nanti...isk2..

mood:: sedih..

korang pernah rasa tak kawan-kawan korang lagi rapat ngan korang berbanding adik-beradik korang...

kadang-kadang susah nak puaskan hati sumer pihak...

tapi aku cuba...sampai kekadang hati aku yang sakit dan sedih..huhuhuhu
dekat blog ni je la yang aku rasa boleh luahkan perasaan...

dulu..masa aku tak reti tulis blog...
bila aku sedih,aku mesti luah apa yang aku rasa kat atas kertas...
kadang-kadang diari..tapi, aku bukannya spesis yang suka kilik diari ke hulu ke hilir...
jadi, kebanyakannya...luahan perasaan aku banyak atas kertas je...
bila dah habis menulis, baru rasa lega...

macam sekarang,
aku dah jadi makin lega..

ahh..makin lega...

makin lega...

waaaa...leganya..hihihihi

yeay...dah lega dah...

tata..nak sambung wat keje..hihihi~

Monday 23 May 2011

pelupe

camne nak jadi orang yang tak pelupe...
aku ni asyik lupe je...
banyak makan semut kot...adoyai...
kenape bile pelupe..orang mesti kaitkan dengan semut...
semut ni pelupe ke...
sape yang start kaitkan pelupe ni ngan semut..
tak pasal-pasal semut kene kait..cian diorang...huhuhuh

lambatnye kul 5...

adoi...natijahnye...diri aku sendiri...waaaaa
lambatnye kul 5...nak balik...waaaaa

Thursday 19 May 2011

iluvislam.com + discover the beauty of islam

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

bace lah artikel kat link atas ni..sangat menarik...
moga kite sumer dapat mengamalkannya...
insyaAllah...=)

carilah jalan kembali...kita tidak akan menjumpainya jika kita tidak mencari...

Wednesday 18 May 2011

jungle tracking di sungai chiling

huhu..ni kongsi pic yang aku amik...best sangat2 tempat ni..
boleh la if sape2 nak g..just bayar RM1 je..murah..
then sesuai sangat2 kat sape2 yang suke aktiviti lasak..
jungle tracking ni..kene cross 5 kali sungai...
dan air terjun die sangat2 cantik...serius wa cakap lu..huhuhu


 ni peta laluan dier...dari tempat mula sampa la ke air terjun tu..


 laluan dier kecik je...kene lalu sorang-sorang...so sape-sape nak jalan pegang-pegang tangan tu memang tak boleh la ye....


 ni kene cross sungai..so kalau de budak-budak yang ikut..kene pegang la...kalau tak kene hanyut dek sungai nanti...sape nak jawab..aku tak nak..



waktu jalan-jalan tu..kami terhidu bau busuk yang amat...ingatkan bau ape..maklumla kat dalam hutan..rupenye de bangkai tenggiling...sesape yang tak kenal tenggiling..boleh rujuk sini...=)



 sampai je kat sungai yang kiorang kene cross kali yang ke4...dah dapat tengok ikan-ikan kelah yang berenang-berenang dengan hepi..huhuhu


 
 ni pun gambar diorang...eh..bukan di'orang'..tapi di'ikan'..geram je tengok..rase nak tangkap n bakar sekor..huhuhu..tapi tak boleh tangkap tau...kalau tak kene denda...ikan-ikan kat sini dijaga tau...ade penjaga rupenye mereka-mereka ini..


 akhirnya kami sampai...alhamdulillah..subhanallah...cantik sangat-sangat...



 waktu kami sampai..dah ramai yang ade..foreigner pun ade..so kepada sesape yang nak pi tu..kene bijak pilih hari la ye..huhuhu



 huhu...try bagi mereka ini roti...tapi sebenarnye tak boleh tau...tapi ikan kat sini memang mesra alam..hihihi..maklum la..nampak makanan kat tangan aku..terus berduyun yang datang...tengok lak aku yang bagi..sibuk ramai-ramai datang nak mintak autograf..



 hepi je tengok diorang berenang-renang...sibuk tunjuk macam-macam skill kat aku...aku layankan aje..hihihihi...



 beliau ni pun ade...tengok je kat aku..huhuhu...so kepada sesape yang bawak bekal..hati-hati ye..leka sikit, tengok-tengok beliau ini dah ade kat sebelah...wat muke manis..huhuhu



 air terjun die tinggi lagi tau...waktu ni susah nak dapat port yang sesuai untuk amik pic..sebab ramai orang..



" meh cini..meh cini...ader roti ni...meh..." kate beliau yang berbaju merah...sampai kene masuk dalam air tu...


 aku hulur tangan je hihi..berduyun yang datang...huhuhu..sumer cakap.."nak otograf..nak otograf.."




air dier xde la dalam sangat..tapi yang dekat air terjun tu memang dalam..so,kalau tak pandai berenang..main kat tepi-tepi je ok...



 kitorang mandi lame gak la...ni waktu jalan balik kot..banyak sangat pic yang aku amik..sampai lupe dah..


tapi ape yang aku tak lupe adalah...pi jungle tracking kat santuari ikan sungai chiling memang best...=) bleh rehat-rehat otak...lupe kejap dengan arus pemodenan tu...huhuu
korang cube la..=)

Monday 16 May 2011

akhirnye....

akhirnye...
dah bleh tulis blog...

banyak nak share ni..
aritu aku pi jungle tracking kat sungai chiling...
best wooo...
nanti nak upload gambar..hehehehhe...
yang pasti...ape yang awat aku paling teruja adalah...
mandi dan duduk santai di samping ikan-ikan kelah yang berenang di sisi..
jinak giler..
rase nak je tangkap dan bawak balik then ternak kat umah..heheheheh

Thursday 12 May 2011

dah namanye adat...

dah namanya adat...
bila ramai pelanggan, kualiti yang asal akan berkurang..(ini untuk gerai makanan)

dah namanya adat..
bila makan jadi kenyang...

dah namanya adat..
bila ngantok, orang akan tidur..

dah namanya adat...
bila bercinta, akan ada pasang surutnya..

dah namanya adat..
yang patah akan tumbuh pengganti...(tapi pengganti tidak kan sama dengan yang asal)

dah namanya adat..
bapak borek anak rintik..

dah namanya adat..
manusia akan cari benda yang menyenangkan je...

dah namanya adat..
bile aku bosan..aku pun melalut ntah ape2...

dah namanya adat...

dah namanya adat...




(semuanye ni terjadi bile blueberry cheese tart yang aku suke dah jadi makin tak sedap...waaaa..kenape ini terjadi...kenape....)

Wednesday 11 May 2011

hari-hari bahagia di opis

semalam dan hari ni..bos aku takde...hooreeyyy...

tapi, kebosanan lak melanda coz takde keje sangat...huhuhu~

Thursday 5 May 2011

paham tak ape itu matang??

korang rase korang dah cukup matang???

kalau dah cukup yakin...cube bace artikel kat bawah ni...then cube nilai diri sendiri tu balik...
selamat membace dan selamat menginsafi diri..huhuhu~

1) Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

2) Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

3) Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

4) Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

5) Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

6) Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

7) Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

8) Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

9) Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

10) Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

11) Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

12) Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

13) Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

14)Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

15) Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

16) Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

17) Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

18) Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

19) Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

haaaa...dah habis bace sumer...kalau dah habis??korang ni matang tak??

rasenye tak...

aku takpe..dah memang camni..baru umo 19 kan..budak lagi...tak kisah la kalau tak matang lagi..