Monday 4 July 2011

Tidur::jangan lebih..jangan kurang..

Assalamualaikum…dah lama saya tak menulis…agak sibuk sekarang..tapi, baru-baru ni, saya ada terbaca satu artikel mengenai tidur.

Sebelum ni, saya hanya tahu, tak boleh tidur kurang dari 6 jam..tapi, tak pernah terlintas di fikiran saya jika terlebih tidur pun boleh menjejaskan fungsi otak!!!!


 

Huhu…takut bila baca..apa yang say abaca,penyelidik dari Britist telah membuat penyelidikan…golongan usia pertengahan…iaitu termasuk saya juga…jika tidur kurang dari 6 jam atau tidur lebih dari 8 jam mungkin mengalami penurunan fungsi otak.


 

Maksudnya…otak kita akan akan jadi tua lebih cepat iaitu dalam 4 atau 6 tahun dari usia sebenar…nauzubillah…


 

Bukan tu je, corak tidur yang terlalu pendek atau terlalu panjang boleh hasilkan hormon dan bahan kimia yang boleh mendedahkan kita kepada risiko penyakit obesiti, penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan juga diabetes…


 

So, begitu bahaya sebenarnya terlebih tidur ni…huhuhu…jadi, buat sesiapa yang selalu terlebih tidur tu…kurang-kurangkan ye…jangan nanti umur belum tua..tapi fungsi otak kita dah tua…nanti ada la masalah nyanyuk sumer..huhuhu


 

Sekian…harap nukilan ni boleh memberikan kebaikan kepada pembaca…insyaAllah..

2 comments: